Now Reading
[Video] Guru Lempar Telefon Murid Dalam Api, Ramai Anggap Perbuatan Itu Melampau

[Video] Guru Lempar Telefon Murid Dalam Api, Ramai Anggap Perbuatan Itu Melampau

Luluh hati pelajar tengok telefon sendiri dibakar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Memang tidak dinafikan, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh membawa kes yang tidak baik. Namun, ada juga kebaikannya jika peranti tersebut digunakan di atas tujuan pembelajaran dan sebagainya.

Cuma mungkin ada juga pelajar yang menyalahgunakannya.

Sumber: The Hill

Walau bagaimanapun baru-baru ini, laporan media telah menunjukkan satu video viral di mana seorang guru dilihat bertindak secara melampau dengan membakar telefon bimbit pelajar ketika berada di perkarangan sebuah sekolah.

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat dengan jelas dua orang guru wanita melempar beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong besi yang sedang marak dengan api.

Video itu juga telah dimuat naik kembali oleh mStar menerusi Instagram.

Tatkala telefon-telefon dilemparkan, beberapa orang murid dalam kalangan pelajar kedengaran menjerit serta menangis melihat kejadian tersebut.

Mana tidaknya, kita tidak tahu apa ‘isi’ yang terdapat dalam setiap telefon bimbit yang dibakar itu. Mana tahu ada memori terakhir dengan keluarga tersayang, ataupun telefon tersebut merupakan hadiah terakhir daripada ibu atau bapa.

Ambil harta murid lepas itu bakar pula tu. Jawablah kat akhirat nanti ye cikgu.

Komen netizen menerusi TikTok.

Cuba bayangkan telefon itu arwah mak dia bagi, tak pun kumpul duit sendiri. Dendam mat.

Komen netizen menerusi TikTok.

Satu contoh yang tak baik. Budak-budak tak akan jadikan pengajaran, tapi dendam.

Komen netizen menerusi TikTok.

Walau bagaimanapun, sehingga kini lokasi sebenar video tersebut dirakam masih belum dapat dikenalpasti. Mungkin Malaysia, mungkin juga Indonesia.

Menjengah di ruangan komen, tiada siapa yang setuju dengan perbuatan itu.

Manakan tidak, bakar telefon macam itu seolah-olah peranti itu begitu murah dan mudah untuk dibeli oleh setiap pelajar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd