Food Panda 10th Birthday
Now Reading
Sharifah Rose Jawab Isu Jenama ‘Sekuntum’ Tiru Peniaga Tempatan Lain
Food Panda 10th Birthday Food Panda 10th Birthday

Sharifah Rose Jawab Isu Jenama ‘Sekuntum’ Tiru Peniaga Tempatan Lain

Nama ‘Sekuntum’ diambil kerana dekat pada hati Sharifah Rose dan menjadi panggilan ahli keluarga sejak kecil lagi.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nama Sharifah Rose sekarang ini sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas timbul isu jenama tudung yang baru dilancarkan oleh pelakon dan Instafamous itu didakwa meniru jenama tempatan lain.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh seorang peniaga tempatan dikenali sebagai Shahirah di laman Twitter (Sheer) yang mendakwa jenama perniagaan miliknya ditiru oleh seseorang meskipun tidak menyebut nama sesiapa.

Walaupun tiada mana-mana nama yang dipetik, tetapi netizen boleh meneka siapakah gerangan yang dimaksudkan itu.

Mana tidaknya, jenama ‘Sekuntum’ yang dilancarkan oleh Sharifah Rose kelihatan mirip dengan jenama milik wanita itu iaitu ‘Sekuntom’. Yang membezakan dua jenama tersebut hanyalah ejaan sahaja.

Sharifah Rose tampil beri penjelasan

Berikutan tular dakwaan Sharifah Rose menciplak jenama peniaga kecil yang lain, dia tampil memberikan penjelasan tentang perkara tersebut di media sosial.

Menurutnya, dia tidak mengetahui tentang kewujudan jenama ‘Sekuntom’ itu sebelum dia melancarkan teaser di Instagram.

Pemilihan nama bagi perniagaannya iaitu ‘Sekuntum’ diambil kerana dekat pada hatinya dan menjadi panggilan ahli keluarga sejak kecil lagi.

Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan sejujurnya kami telah pun mendaftar laman web syarikat www.sekuntum.com pada bulan September lalu. Mana mungkin kami akan meneruskan proses ini jika benar tuduhan yang ditujukan kepada kami.

Sharifah Rose.

Walau bagaimanapun, pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard itu menerima pandangan dan kritikan dan masyarakat dengan hati yang terbuka kerana sedar dia masih baharu dalam bidang perniagaan.

Dalam pada masa yang sama, Rose juga memaklumkan pihaknya telah berhubung dengan syarikat susu milik Australia, Macamilk berhubung isu yang sama.


Pengajaran dari kes Sharifah Rose

Isu meciplak jenama peniaga lain bukanlah sesuatu yang asing lagi.

BACA JUGA: Nama Vivy Yusof Sekali Lagi Terpalit Isu Tiru Idea Jenama Lokal Lain

Mengambil isu berkenaan perniagaan oleh Sharifah Rose, seorang pengguna Twitter (wolfipali) menceritakan beberapa pengajaran yang boleh diambil berkenaan kes tersebut.

Antaranya:

1. Daftar hak milik aset

Sebagai bukti anda memiliki sesuatu jenama perniagaan itu dengan sah, perlulah mendaftarkan hak aset milik secara online dan offline.

2. Pemilikan di media sosial sahaja tidak cukup kukuh

Dalam kes Sharifah Rose ini, dari segi etika memang perbuatannya salah. Namun dari segi undang-undang, jenama ‘Sekuntum’ itu dilihat lebih kukuh kerana sudah mempunyai domain sendiri.


Dunia perniagaan memang akan ada banyak cabaran. Sebagai peniaga, anda perlulah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi segala onak duri dalam bidang tersebut.

Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada isu yang berlaku ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd