Now Reading
Lelaki Mirip Wajah Pelakon Vin Diesel Jadi Tumpuan Netizen

Lelaki Mirip Wajah Pelakon Vin Diesel Jadi Tumpuan Netizen

Gaya pakaian lelaki itu dan pelakon Vin Diesel di dalam filem Fast and Furious pun lebih kurang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Orang kata, dalam dunia ini ada tujuh individu yang memiliki wajah yang hampir serupa dengan kita.

Jadi, tak terkejutlah kalau ternampak orang lain seolah-olah macam ada ‘kembar’.

Salah seorang yang mempunyai wajah serupa adalah pelakon popular terkenal Amerika iaitu Vin Diesel. Siapa tak kenal lelaki ini yang beraksi dalam banyak filem hebat seperti Fast and Furious.

Sumber: CNN

Vin Diesel ada kembar?

Vin Diesel kini menjadi bualan ramai apabila seorang lelaki warganegara Thailand dikatakan mempunyai wajah yang hampir serupa dengan pelakon itu.

Gambar lelaki berkenaan menjadi tular di media sosial walaupun sudah dimuat naik di laman Facebook miliknya sejak tahun 2019 lagi.

Sekali tengok memang ada iras betul! Gaya pakaian lelaki itu dan pelakon Vin Diesel pun lebih kurang sama.

Bukan itu sahaja, badannya juga boleh dikatakan hampir serupa kerana kedua-duanya mempunyai tubuh badan yang sasa.

Paling tak tahan, posing lelaki yang tinggal di Chiang Rai, Thailand itu juga dilihat hampir sama dengan watak Dominic Toretto di dalam filem Fast and Furious.

Apa pendapat korang? Rasa-rasa wajah mereka ada iras tak?

Best juga eh muka ada iras pelakon. Mana tahu tiba-tiba ada orang ajak bergambar. 😆 


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd