Pizza Hut Buat Teka-teki Tapi Jawapan Netizen Menghiburkan Hati
Agaknya apa jawapan sebenar teka-teki admin Pizza Hut itu?


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila bab teka-meneka, memang semua laju je nak fikirkan jawapan.
Kadang kala soalan teka-teki itu ringkas sahaja, tapi jawapan yang diterima ada pelbagai jenis. Itu belum kira jawapan yang agak mengarut dan menghiburkan.
BACA JUGA: [Video] Ramai Terhibur Dengan Cara Lelaki Ini Bagi ‘Hint’ Suruh Bayar Hutang
Baru-baru ini, admin Twitter Pizza Hut Malaysia membuat teka-teki dan jawapan yang diterima dari netizen pun boleh tahan kelakar juga.
Teka-teki itu berbunyi seperti ini:

Soalan simple je kan? Tapi jawapan dari netizen bermacam-macam ya.
Mungkin kentang?
Ada yang jawab kentang! Hmm, boleh jadi juga jawapan tu. Sebab sekarang pun memang tengah trending tentang kentang, betul tak?
BACA JUGA: Berdepan Masalah Bekalan Kentang Goreng, McDonald’s Henti Penjualan Set Saiz Besar


Kucing?
Yang paling kelakar, ada juga yang teka Pizza Kucing? Macam-macam eh korang ni! Terhibur betul kami baca.



Kangkung?
Mungkin Pizza Hut nak hasilkan hidangan yang lebih sihat kepada masyarkat. Jadi, ada juga yang meneka kangkung sebagai jawapan mereka.
Kalau Pizza Kangkung, siapa yang tak suka makan sayur memang awal-awal lagi dah tolak menu ini.


Pizza kampung macam mana pula?
Kalau nasi goreng kampung kami tahu. Pizza kampung macam mana pula tu agak-agaknya?


Tiba-tiba nama Kenny G kena petik
Tak ada ribut, tak ada angin. Nama pemain saksofon terkenal pula jadi jawapan teka-teki ini. Mungkin yang komen ini peminat tegar Kenny G agaknya.
Terbayang macam mana rupa pizza Kenny G. Makan sambil keluar bunyi saksofon ke?



Macam-macam jawapan lain
Bukan setakat itu sahaja, ada macam-macam jawapan lain daripada netizen. Boleh tahan kelakar juga eh korang ni.



Ini jawapan yang sebenar
Selepas mendapat pelbagai jawapan daripada netizen, akhirnya admin Twitter Pizza Hut tampil dengan jawapan kepada teka-teki itu.
Jawapannya adalah *drumroll* Korang!

Aduh, punya lah fikir macam-macam jawapan. Rupanya, hint dah ada dalam soalan!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.