Now Reading
[Video] Ramai Terhibur Dengan Cara Lelaki Ini Bagi ‘Hint’ Suruh Bayar Hutang

[Video] Ramai Terhibur Dengan Cara Lelaki Ini Bagi ‘Hint’ Suruh Bayar Hutang

Lelaki ini berulang kali menyebut tentang individu yang berhutang ketika beri penerangan mengenai api neraka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hutang ini ada banyak jenis. Ada hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir semua orang ada hutang.

Sesetengah orang turut berhutang dengan kawan-kawan mereka kerana kekurangan duit untuk membayar sesuatu.

Antara situasi yang biasa adalah apabila kawan kita minta bayarkan dulu makanan dia kononnya tak ada wang tunai.

Bila dah berhutang tu, mestilah kena bayar balik kan?

Namun, ada pula segelintir individu yang sedar dia berhutang tetapi pura-pura tak ingat untuk bayar. Susah juga macam ni.

Orang yang bagi pinjam duit itu pula yang segan nak minta balik duit dia.

Bagi ‘hint’ suruh orang bayar hutang

Baru-baru ini, viral di Twitter apabila seorang lelaki merakam video dirinya sambil menyampaikan mesej ‘tersirat’ buat individu yang berhutang.

Di awal video tersebut, lelaki berkenaan menceritakan tentang api kecil yang terhasil daripada pembakaran sampah-sarap seperti kertas, plastik, kain dan daun-daun kering.

Namun, penerangan mengenai api kedua iaitu api neraka telah mencuri perhatian ramai apabila dia mengaitkan dengan individu yang tidak membayar hutang.

Ketika memberi penerangan mengenai api neraka, lelaki itu berulang kali menyebut tentang orang yang tidak membayar hutang.

Yang lebih menghiburkan, lelaki itu menunjukkan wajah selamba ketika menyampaikan mesej tersirat tersebut.

Video yang dimuat naik oleh @MALAYSIAVIRALL telah berjaya meraih 18,800 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Warganet pun terhibur dengar mesej tersirat lelaki ini

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati kebanyakan warganet turut terhibur selepas melihat video lelaki itu yang menyampaikan mesej tersirat kepada individu berhutang.

Kredit: Twitter @MALAYSIAVIRALL
Kredit: Twitter @MALAYSIAVIRALL
Kredit: Twitter @MALAYSIAVIRALL

Itu kalau tak faham-faham juga, tak tahulah.

Kalau rasa ada berhutang dengan sesiapa, lebih baik cepat-cepat bayar. Tak elok berhutang dengan orang ni.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd