Now Reading
Lambat Beli Beras Punca Rezeki Terputus? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Lambat Beli Beras Punca Rezeki Terputus? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Kepercayaan sebegini adalah TIDAK WUJUD dalam agama Islam dan perlu dijauhi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sudah berkahwin, para suami perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab bagi menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.

Sebagai seorang ketua keluarga, mereka perlu menyediakan tempat tinggal, makan minum serta pakaian yang mencukupi.

Bila anak-anak dan isteri bahagia, pasti gerangan bernama ayah ini juga senang hati.

BACA JUGA: [Video] Realiti Hidup Ayah Tunggal Besarkan Anak Hampir Sama Dalam Filem Korea

Tapi, apa pula hukumnya jika golongan ini dikatakan lambat menyediakan barang keperluan seperti beras kepada keluarga?

Kepercayaan rezeki terputus jika lambat beli beras, wujud ke?

Boleh dikatakan sudah terbiasa kita mendengar ayat “suami beli beras” yang bermaksud golongan ini menyediakan keperluan asas kepada keluarga.

Namun baru-baru ini, timbul persoalan tentang kepercayaan rezeki akan putus jika lambat beli beras. Betul ke?

Kredit: Berita Harian

Demi menjawab persoalan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah tampil memberikan jawapan.

Menurutnya, kepercayaan sebegini TIDAK WUJUD dalam agama Islam kerana rezeki Allah adalah jauh lebih luas daripada sekadar beras.

Kredit: Astro Awani

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha:

دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ: هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟ فَقُلْنَا: لَا، قَالَ: فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ. ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، أُهْدِيَ لَنَا حَيْسٌ فَقَالَ: أَرِينِيهِ، فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا، فَأَكَلَ

Maksudnya: Suatu hari Rasulullah SAW masuk (ke rumah) menemuiku dan bertanya, “Adakah kamu memiliki apa-apa (untuk kita makan)?” Aku menjawab, “Tiada.” Baginda bersabda, “Kalau begitu aku berpuasa.” Suatu hari lain baginda datang lagi dan (kali ini) aku berkata, “Wahai Rasulullah! Ada orang hadiahkan kepada hais (tamar yang bercampur lemak).” Baginda lalu berkata, “Tunjukkannya kepadaku, sesungguhnya aku telah berpuasa sejak pagi.” Lalu baginda memakannya.

Kisah yang diriwayatkan ini menunjukkan sikap zuhud dan berasa cukup Rasulullah SAW dengan rezeki yang telah dikurniakan kepadanya.


Allah juga telah menetapkan rezeki bagi kesemua makhluk ciptaanya. Firman Allah SWT:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّـهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya : Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Kesimpulan

Tiada makanan tidak bermakna rezeki dari Allah SWT telah terputus kerana rezeki juga boleh hadir dari segi kesenangan waktu, mempunyai keluarga dan rakan yang baik.

Kesimpulannya, kepercayaan lambat membeli beras menjadi punca rezeki dari Allah terputus adalah TIDAK BENAR.

Sebagai penganut agama Islam, kita perlulah menghindari kepercayaan sedemikian kerana bertentangan dengan konsep takdir serta rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd