Now Reading
[Video] Ahmad Maslan Kongsi Video Masak Nasi Goreng, Tapi Isu Beras Pula Jadi Bualan

[Video] Ahmad Maslan Kongsi Video Masak Nasi Goreng, Tapi Isu Beras Pula Jadi Bualan

Tambah Ahmad Maslan, apa yang menjadikan nasi goreng itu special adalah ia mengandungi dan dimasak dengan bahan-bahan antaranya seperti cendawan, brokoli, ayam, telur dan halia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak dari minggu lepas, hangat diperkatakan tentang isu kenaikan harga beras yang naik dengan mendadak.

Namun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, harga beras tempatan masih kekal cuma berlaku pembelian panik menyebabkan stok menjadi terhad.

Susulan dari masalah melibatkan makanan ruji rakyat Malaysia ini, ramai yang sudah mula menyuarakan kebimbangan yang dilihat bakal memberi kesan kepada setiap pengguna.

Ahmad Maslan Kongsi Video Masak Nasi Goreng Istimewa

Kepekaan dan keprihatinan netizen tentang isu kenaikan harga makanan utama rakyat Malaysia ini juga dapat dilihat ketika Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan, berkongsikan video beliau memasak nasi goreng.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Facebook rasmi miliknya, The Ahmad Maslan, kelihatan beliau sedang memasak nasi goreng yang diberi nama ‘Nasi Goreng Ahmad Maslan’ atau dikenali sebagai NGAM.

“Inilah rupa nasi goreng special petang ini, balik dari kerja, sebelum saya pergi ke Kuching Sarawak untuk rasmikan satu persidangan, saya masak nasi goreng special,” kata beliau menerusi video berkenaan.

Tambah Ahmad Maslan, apa yang menjadikannya special adalah nasi goreng berkenaan adalah mengandungi dan dimasak dengan bahan-bahan antaranya seperti cendawan, brokoli, ayam, telur dan halia.

#NasiGoreng Ahmad Maslan – #NGAM

Posted by The Ahmad Maslan on Monday, 18 September 2023

Perkongsiannya itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Kebanyakan daripada warganet memuji tindakannya yang memasak dan berkongsikan video tersebut.

Namun, ada juga di antara mereka yang membangkitkan isu beras yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agong UMNO itu pernah berkongsikan video dan gambar masakan nasi goreng beliau yang juga dikenali sebagai NGAM.

Apa yang membezakan nasi goreng yang pernah dikongsikan adalah bahan yang digunakan adalah berbeza.

Alhamdulillah, Nampak Sedap Dato’

Menteri Pun Masak Sendiri

Beras Import Ke Tu?

Beras Mahal Dato’, Yang Murah Masih Tak Jumpa Lagi

Beras Dah Mahal

Resipi Bubur Nasi La Pulak Dato’, Jimat Sikit Beras

Mahal Tau Beras Sekarang, Sayang Kalau Terbuang

Sumber: Facebook The Ahmad Maslan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd