[Video] Realiti Hidup Ayah Tunggal Besarkan Anak Hampir Sama Dalam Filem Korea
Ada juga yang menyamakan realiti kehidupan ayah ini seperti di dalam filem Korea Miracle In Cell No.7.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Siapa pernah tengok filem Korea Miracle In Cell No.7? Sebelum tengok filem tersebut, siap-siap dua kotak tisu dekat sebelah.
Yang tak menangis tengok filem ni memang hebat betul.
Filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2013 ini mengisahkan seorang ayah dengan masalah kesihatan dari segi psikologi komited membesarkan dalam anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

Namun, siapa sangka seorang ayah di Korea menghadapi situasi yang sama seperti di dalam filem ini.
BACA JUGA: Warga Emas Sanggup Ulang Alik Dari Melaka Ke Alor Setar Untuk Jaga Anak Sakit
Komited besarkan anak
Seorang ayah dikenali sebagai Kwanghak yang mempunyai kekurangan diri dari segi psikologi berkongsi kisah hidupnya membesarkan anak perempuan bernama Minzy.

Kwanghak menceritakan bahawa dia dan isterinya sudah berpisah selepas anak mereka berusia satu tahun.
Selepas mereka berpisah, ibu lelaki ini menggantikan tempat isterinya. Tetapi tidak lama selepas itu, ibunya meninggal dunia.
Tidak dinafikan agak sukar untuk membesarkan anak perempuannya seorang diri, tetapi dia tetap komited untuk memberi yang terbaik kepada si cilik kesayangannya.

Sanggup berkorban apa sahaja
Setiap hari, Kwanghak akan menyiapkan kelengkapan dan menghantar anaknya ke pusat jagaan.

Anaknya juga pernah mengadu yang kimchi yang dijual di pasar raya agak pedas. Jadi Kwanghak mengambil keputusan untuk membuat sendiri kimchi untuk Minzy.

Bukan itu sahaja, Kwanghak juga sanggup belajar semula subjek Matematik untuk memudahkan dia membantu anaknya menyelesaikan soalan subjek berkenaan.
Ayah yang terbaik!
Walaupun baru berusia enam tahun, Minzy dilihat seperti lebih matang berbanding kanak-kanak yang lain.
Kadang-kadang, dia membantu ayahnya mengetip kuku dan mengurut bahu menggunakan tangannya yang kecil comel itu.


Dia juga dilihat mengelap air mata ayahnya yang mengalir ketika sedang bercerita kepada pihak kru produksi.

Walaupun video ini hanya berdurasi lima minit, tetapi cukup menyentuh hati dan mampu buatkan anda mengalir air mata.
Meskipun ayah kita tak pernah cerita masalah dia kepada kita, tapi pastinya mereka banyak berkorban untuk memastikan anak-anaknya membesar dengan baik.
Sedih pula bila bercakap pasal ayah ni kan? 😭
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.