Now Reading
Bakal Pengantin Batal Majlis Kahwin Selepas Ibu Positif Wabak

Bakal Pengantin Batal Majlis Kahwin Selepas Ibu Positif Wabak

Ibu kepada bakal pengantin disahkan positif Covid-19 sehari sebelum tarikh nikah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap pasangan yang bercinta pasti akan memasang impian untuk mendirikan rumahtangga.

Sebelum bergelar pasangan suami isteri, macam-macam persiapan yang perlu dilakukan seperti penyediaan dokumen penting serta wang untuk majlis kenduri.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!

Ujian bukan hanya datang selepas kahwin. Sebelum bergelar pasangan suami isteri juga ada cabarannya.

Ada yang diuji dengan kehadiran ‘orang ketiga’, ada yang diuji dengan kesakitan serta pemergian orang tersayang.

Mungkin Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

Terpaksa batal majlis kahwin demi ibu

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @farahanimawaluddin memuat naik satu video menceritakan kisah di sebalik majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu dan Ahad yang lalu.

Kalau mengikut perancangan, Sabtu (22 Januari) adalah tarikh nikah manakala Ahad (23 Januari) adalah tarikh majlis bersanding.

Menjelang beberapa hari sebelum tarikh bermakna itu, bakal pengantin sudah lengkap membuat segala persiapan.

Pelamin, khemah, meja makan serta goodies untuk para tetamu juga sudah tersedia. Pengantin pun dah cantik memakai inai di jarinya.

Bakal pengantin pun mesti dah teruja dan tak sabar menunggu waktu sah bergelar isteri kepada pasangannya.

Namun, Tuhan adalah sebaik-baik perancang apabila majlis tersebut terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang lain kerana ibu kepada bakal pengantin disahkan positif Covid-19 pada malam 21 Januari.

Kredit: TikTok @farahanimawaluddin

Pada malam itu juga, mereka terus memaklumkan kepada kesemua pihak terutamanya para jemputan, pihak katering, jurumekap berhubung perkara itu.

Demi menjaga keselamatan orang ramai, mereka sekeluarga membuat ujian saringan dan mendapati hanya ibu mereka sahaja disahkan positif.

@farahanimawalludin

Semoga ada hikmah. Doakan Emak saya❤️ #covid19

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Ramai yang mendoakan

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mendoakan kesihatan ibunya dan berharap agar mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kami doakan semoga ibu kepada bakal pengantin cepat sembuh daripada wabak tersebut dan dipermudahkan urusan untuk melangsungkan perkahwinan. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd