Now Reading
[Video] Kenderaan Hancur Akibat Banjir, Wanita Sebak Terima Bantuan Kereta Baharu

[Video] Kenderaan Hancur Akibat Banjir, Wanita Sebak Terima Bantuan Kereta Baharu

Menurut mangsa banjir itu, dia dan suami sama-sama mengumpul duit selama lapan tahun menggunakan akaun KWSP untuk membeli kereta tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa buah negeri di Malaysia sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.

Ada juga yang tidak sempat menyelamatkan dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir, sijil nikah, dan sebagainya.

BACA JUGA: [Video] Jawapan Sempoi Wanita Tentang Gambar Kahwin Yang Rosak Buat Ramai Terhibur

Kereta juga habis ditenggelami air dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk membaikinya.

Salah seorang mangsa banjir juga telah kehilangan keretanya yang baharu sahaja dibeli kurang daripada tiga bulan.

Lapan tahun kumpul duit

Menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok SelangorTV, seorang wanita yang merupakan mangsa banjir di kawasan Kampung Sungai Lui Batu 19, Hulu Langat, Selangor meluahkan rasa sedih apabila keretanya tidak boleh lagi digunakan akibat banjir.

Kalau dilihat keadaan keretanya, agak teruk juga.

Menurut wanita bernama Nuarjan Sulaiman itu, dia dan suami sama-sama mengumpul duit selama lapan tahun menggunakan akaun KWSP untuk membeli kenderaan tersebut.

Sebelum ini, mereka kerap meminjam kenderaan ahli keluarga yang lain jika ingin pergi ke suatu tempat bersama anak-anak.

Kredit: Youtube SelangorTV
Kredit: Youtube SelangorTV

Syarikat Carsome beri bantuan

Baru-baru ini, sebuah syarikat kereta iaitu Carsome menghulurkan bantuan kereta terpakai kepada Nuarjan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

Nuarjan meluahkan rasa terharu sehingga menitiskan air mata dan menganggap ini adalah rezeki anak-anaknya.

Ketika menerima kereta tersebut, Nuarjan memberitahu yang anak-anaknya masih tidak tahu tentang kewujudan kereta itu buat mereka sekeluarga.

Nak beri kejutan katanya nanti.

@selangortv

Kisah duka mangsa banjir, Nuarjan Sulaiman yang kehilangan kereta baharunya akibat banjir mendapat perhatian syarikat kereta terpakai #beritaditiktok

♬ original sound – SelangorTV – SelangorTV

Rakyat tolong rakyat

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang bersyukur apabila bantuan diberikan kepada wanita ini. Mereka turut mendoakan agar mangsa dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang menyokong tindakan syarikat Carsome memberi bantuan tersebut.

Kita doakan semoga syarikat ini juga akan berjaya pada masa akan datang.


Rezeki tak pernah salah alamat.

Seronok sangat bila tengok masyarakat saling bantu-membantu. Harapnya semoga sikap ini diteruskan bagi meringkan beban mangsa bencana.

#RakyatJagaRakyat


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd