Now Reading
[Video] Jawapan Sempoi Wanita Tentang Gambar Kahwin Yang Rosak Buat Ramai Terhibur

[Video] Jawapan Sempoi Wanita Tentang Gambar Kahwin Yang Rosak Buat Ramai Terhibur

Wanita ini agak sedih apabila gambar perkahwinannya pada 20 tahun lalu sudah rosak akibat banjir yang melanda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di Selangor sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.

Ada juga yang tidak sempat menyelamatkan dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir, sijil nikah, dan sebagainya.

Album-album gambar lama juga pastinya sudah rosak akibat terkena air banjir. Kini, semuanya tinggal kenangan sahaja.

Salah seorang mangsa banjir juga telah kehilangan rumahnya yang berusia 50 tahun akibat dibawa oleh arus air banjir.

Kita yang tengok pun dah sedih, apatah lagi tuan rumahnya.

BACA JUGA: [Video] Netizen Kecam Wartawan Arah Mangsa Banjir ‘Berlakon’

Sedih gambar kahwin sudah rosak

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @aiyuri_tissi, seorang wanita yang merupakan mangsa banjir meluahkan rasa sedih apabila gambar perkahwinan bersama suaminya 20 tahun lalu sudah rosak.

Kahwin ini sekali seumur hidup sahaja.

Gambar kahwin semua dah hancur. Kita mana boleh kahwin lagi sekali kan? Allah.

Mangsa banjir.

Baginya, sudah tiada peluang lagi untuk bergambar seperti dahulu kerana tidak boleh berkahwin sekali lagi dan wajahnya juga sudah tidak berseri.

Dulu ambil gambar dekat studio. Nak kahwin balik pun nanti hadap muka yang sama juga. Nak ambil gambar pun dah tak cun macam dulu.

Mangsa banjir.

Bila diajak suaminya “berkahwin” sekali lagi, ajakan itu ditolak pula. Jadi nak tak nak, memang kena terima dengan hati yang terbuka apabila gambar perkahwinan mereka sudah hancur.

Jawapan selamba buat netizen terhibur

Walaupun sedih dengan kerosakan pada gambar perkahwinan, namun jawapan selamba daripada wanita ini buat warganet terhibur mendengar.

Dalam kedukaannya, masih ada aura positif yang diserlahkan.

Kita yang dengar pun sedih, tapi dalam masa yang sama terhibur mendengar jawapan dia.

Kredit: Twitter @aiyuri_tissi

Sesetengah netizen turut berharap agar ada mana-mana pihak yang boleh menawarkan servis mencuci semula gambar itu atau pakej fotografi di studio bagi wanita berkenaan dan pasangannya.

Kredit: Twitter @aiyuri_tissi
Kredit: Twitter @aiyuri_tissi

Semoga kesemua mangsa banjir dapat terus kuatkan semangat untuk menjalankan kehidupan selepas ini.

Buat mangsa banjir, jangan segan silu untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Pasti ramai yang ingin membantu dengan tangan yang terbuka.

BACA JUGA: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd