Now Reading
[Video] Krew Kabin AirAsia Guna Dialek Kelantan Dalam Pesawat Cuit Hati Netizen. Menarik!

[Video] Krew Kabin AirAsia Guna Dialek Kelantan Dalam Pesawat Cuit Hati Netizen. Menarik!

Rare tapi itulah hakikatnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sudah menjadi kebiasaan jika anda terbang dengan mana-mana syarikat penerbangan di mana pengumuman keselamatan akan dibuat oleh pramugari yang bertugas.

Pengumuman keselamatan tersebut tersedia dan boleh didapati di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Astro Awani)

Kalau nak rujuk sambil tengok pramugari buat tutorial, bolehlah.

Antara kalimat yang sering diucapkan oleh pramugari dalam Bahasa Inggeris adalah:

  • Please remain seated.
  • Please don’t leave your seat.
  • Make sure your seat belt is fastened.
  • We suggest that you keep your seat belt fastened throughout the flight.
  • You will find the safety information in the card located in the seat pocket in front of you. We strongly suggest you read it before take-off.
  • At this time we ask you to please turn off all wireless devices you have.
  • Please turn off all personal electronic devices, including laptops and cell phones.
  • Passengers are reminded to turn off all mobile phones and other wireless devices.
  • Your phone has to be turned off or set to airplane mode for the duration of the flight.

Kalau naik pesawat hampir setiap minggu, dah boleh hafal dah.


Pramugari guna dialek Kelantan

Namun, lain pula kes video tular menerusi TikTok @engkurabia baru-baru ini di mana seorang pramugari dilihat menggunakan dialek Kelantan ketika menjual barangan di atas pesawat.

Mereka boleh sahaja menggunakan apa-apa bahasa asalkan majoriti penumpang di dalam pesawat berkenaan boleh memahami dengan mudah.

Tonton video penuh di bawah:

@engkurabia

Hargo pecoh palo atah flight kotabharu sakni! Sek kb demo meme supportive! Thank you belako shopping atah kapal sakni ✈️❤️🤪

♬ original sound – Engku Rabia

Difahamkan, penerbangan pesawat itu adalah untuk ke Kota Bharu, Kelantan.

Oleh itu, pramugari tersebut membuat keputusan untuk memudahkan kerja majoriti penumpang dengan menggunakan dialek Kelantan.

Nak jual senang, nak beli pun senang.


Ramai juga netizen kagum

Perkara itu tidak dinafikan membuatkan netizen kagum. Selalunya pramugari akan berbahasa Inggeris sahaja, kali ini dialek Kelantan terus!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd