Now Reading
[Video] Bangsa India Tolong Bersih Masjid Terkesan Akibat Banjir Buat Ramai Terharu

[Video] Bangsa India Tolong Bersih Masjid Terkesan Akibat Banjir Buat Ramai Terharu

Klip video pendek yang menunjukkan beberapa individu bangsa India membersihkan masjid telah mula tular di media sosial sejak semalam, 22 Disember.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dan hidup yang merangkumi Melayu, Cina dan India. Negara kita bermasyarakat majmuk, kaya dengan budaya dan adat resam yang perbagai.

Kalau nak cerita tentang sejarah Malaysia, terlalu panjang.

Jadi kesimpulannya, Malaysia ini antara negara yang kaya dengan keunikan budaya, kepercayaan, serta gaya hidup. Malah, pelancong dari luar pun tertarik melihat sendiri gaya hidup masyarakat seperti ini.

Kredit: Berita Harian

Bangga, bukan?

Bangsa India cuci masjid di Klang.

Semalam (22 Disember), satu tweet telah tular di mana menunjukkan beberapa individu berbangsa India dilihat membersihkan sebuah masjid di Klang.

Tidak dinafikan, menerusi klip pendek video tersebut – perasaan bangga dan tersentuh terus muncul di hati, terutamanya buat mereka yang beragama Islam.

Tanpa mengira bangsa dan agama, mereka turun membantu.

Netizen turut kongsi pengalaman.

Menjengah di Twitter, rata-rata warganet dilihat meninggalkan komen positif tentang apa yang dilihat oleh mereka menerusi video tersebut.

Pujian demi pujian diberikan buat bangsa ini yang sanggup turun padang menghulurkan tangan bantu membersihkan masjid.

Peka bahawa masjid adalah rumah ibadat orang-orang Islam, namun bangsa ini tidak menjadikan hal itu sebagai perkara yang boleh menghalang mereka daripada berbuat sedemikian.

Terima kasih semua! #KamiKeluargaMalaysia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd