Now Reading
Terowong Runtuh Di India: Pasukan Menyelamat Minta Nasihat Syarikat Thailand Pernah Terlibat Kes Sama

Terowong Runtuh Di India: Pasukan Menyelamat Minta Nasihat Syarikat Thailand Pernah Terlibat Kes Sama

Terowong berkenaan sedang dibina sepanjang 4.5 meter antara Silkyara dan Dandalgaon di India bagi menghubungkan dua kuil Hindu paling suci Uttarkashi dan Yamnotri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Ahad lalu (12 November), satu insiden terowong runtuh dilaporkan berlaku di utara negara India dengan sekurangnya-kurangnya 40 pekerja pembinaan terperangkap di bawah runtuhan.

Runtuhan sepanjang 200 meter itu berlaku ketika sekumpulan pekerja sedang bergerak keluar manakala pekerja gantian pula sedang memasuki kawasan pembinaan terowong tersebut.

Terowong 4.5 meter itu sedang dibina antara Silkyara dan Dandalgaon bagi menghubungkan dua kuil Hindu paling suci iaitu Uttarkashi dan Yamnotri.

Memetik sumber BBC, runtuhan itu berpunca dari tanah runtuh yang berlaku berhampiran terowong.


Kerja-kerja Menyelamat Giat Dijalankan

Selepas lebih 24 jam, para pegawai berjaya menghubungi mangsa di bawah runtuhan menggunakan alat walkie-talkie serta memberikan bekalan makanan, minuman dan oksigen sementara menunggu pasukan keselamatan tiba.

Komander kanan dalam Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Karamveer Singh Bhandari memberitahu bahawa kesemua 40 pekerja yang terperangkap berada dalam keadaan selamat ketika dihubungi.

Proses menyelamat telah dilakukan dengan menggerudi dan memasukkan paip logam berdiamater 90cm di bahagian terowong dengan harapan mangsa yang terperangkap boleh memasuki paip yang sempit itu.

Usaha sedang dibuat untuk membawa mereka keluar dengan selamat tidak lama lagi. Beberapa paket makanan kecil dihantar masuk melalui paip yang digunakan untuk saluran oksigen.

Komander kanan dalam Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Karamveer Singh Bhandari.
Sumber: Press Trust of India (PTI)

Jelas beliau lagi, pekerja-pekerja buruh itu tidak berhimpit di bawah runtuhan ketika terperangkap.

Berita baik adalah buruh tidak bersesak-sesak dan mempunyai kawasan sekitar 400 meter untuk berjalan dan bernafas.

Komander kanan dalam Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Karamveer Singh Bhandari.

Nasib 40 Mangsa Runtuhan Kini Masih Samar-samar

Memasuki hari kelima insiden ini, mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan masih belum berjaya dikeluarkan.

Memetik sumber Sinar Harian, pasukan penyelamat India terpaksa menggunakan gerudi paling berkuasa tinggi dalam keadaan terdesak ini berikutan sudah ada mangsa yang dilaporkan jatuh sakit.

Namun usaha tersebut dikatakan bergerak agak perlahan kerana masih terdapat serpihan yang jatuh ketika kerja membersihkan terowong.

Selain itu, India juga difahamkan telah meminta nasihat daripada syarikat Thailand yang sebelum ini pernah berjaya menyelamatkan kanak-kanak terperangkap dalam banjir di dalam gua pada tahun 2018 yang lalu.

Pada masa yang sama, bantuan juga diterima dari pakar kejuruteraan mekanikal bawah tanah dari Institut Geoteknik Norway bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengeluarkan mangsa dengan segera.

Sumber: India Today

Kes Sekumpulan Kanak-kanak Thailand Terperangkap 17 Hari Dalam Gua

Pada tahun 2018, dunia telah digemparkan dengan berita 12 orang pemain bola sepak kanak-kanak bersama jurulatih mereka yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand.

Namun kesemua pemain dan jurulatihdari kelab Wild Boar tersebut berjaya dibawa keluar dengan selamat selepas 17 hari terperangkap di dalam gua berkenaan menerusi satu misi bantuan antarabangsa.

Kejadian itu mendapat perhatian seluruh dunia termasuklah media antarabangsa.

Malah, insiden berkenaan telah dilakonkan semula dalam penggambaran sebuah filem kisah benar yang ditayangkan di platform Netflix berjudul ‘Thai Cave Rescue’.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Takut Akan Dimarahi Ibu Selepas Keluar Daripada Gua”

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Kapten Bola Sepak Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Dari Gua Thailand Meninggal Dunia Di UK


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd