Now Reading
Tasik Berbunga Cantik Di Kedah Ini Simpan Rahsia ‘Tersembunyi’

Tasik Berbunga Cantik Di Kedah Ini Simpan Rahsia ‘Tersembunyi’

Penduduk tempatan menjelaskan tempat yang disangka loji itu sebenarnya tasik semula jadi yang penuh dengan sisa buangan dari kilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, netizen terpukau dengan pemandangan indah bunga mekar berwarna ungu yang terapung di sebuah tasik di Sungai Petani, Kedah.

Tapi nampaknya lokasi indah yang dipuja oleh orang ramai ini mempunyai rahsia tersembunyi.

Kumbahan yang tenang

Seorang pengguna TikTok dan juga penghibur, @mr_goy telah memuat naik video yang kini meraih kira-kira lebih 1.5 juta tontonan dan 100,000 likes apabila dia mengunjungi satu tasik dan menerima pelbagai komen mengejutkan.

@mr_goy

Selamat Datang ke Kolam Taik Sungai Petani !! #taik #shit #sungaipetani #mrgoy

♬ original sound – Mr Goy – Mr Goy

Dalam video tersebut, dia memperkenalkan lokasi di Sungai Petani yang menjadi tumpuan ramai orang melepak dan bergambar di tepi loji kumbahan. Namun secara tiba-tiba, dia memberi isyarat supaya rakaman video dihentikan kerana tidak tahan dengan bau busuk.

Walau bagaimanapun, seorang netizen yang dipercayai penduduk di kawasan itu memberitahu bahawa lokasi berkenaan bukanlah loji kumbahan.

Tempat itu sebenarnya adalah sebuah tasik semula jadi yang telah disalah guna sebagai lokasi pembuangan sisa-sisa kilang berhampiran.

Menurutnya lagi, itulah yang menjadi punca bau busuk dari tasik tersebut.

Ini bukan kali pertama seseorang berkongsi pengalaman dari lokasi yang dikatakan loji kumbahan.

Sehari sebelumnya, seorang lagi pengguna TikTok @youzernoutfaun turut memuat naik rakaman yang sama menunjukkan pemandangan indah – seperti sedang bercuti di luar negara.

Kapsyennya ringkas sahaja, ‘Loji Kumbahan Sungai Petani’. Video ini kemudiannya menjadi tular dan meraih 685,000 jumlah tontonan dan 107,000 tanda suka.

Ruangan komen video berkenaan juga penuh dengan warganet yang mempersendakan fakta itu.

“Tengok, najis pun boleh buat bunga berkembang. Apa alasan anda untuk tidak menjadi orang berguna?”.

“Mak: Nak pergi bergambar dekat mana?

Anak: Loji kumbahan, mak”.

“Selepas sekian lama hidup, akhirnya saya telah menyumbang sesuatu yang berjasa kepada komuniti”.

Satu lagi video dimuat naik di Facebook menunjukkan lokasi sebenar tempat ini yang berhampiran Texas Chicken Caltex di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Apakah jenis bunga ini?

Bunga ungu ini sebenarnya dipanggil Common Water Hyacinth (Bunga Keladi Bunting) dengan nama saintifik Eichhornia crassipes. Tumbuhan ini biasanya dilihat di tasik dan kolam.

Tumbuhan ini boleh memberi kebaikan dan keburukan kepada alam sekitar bergantung kepada situasi.

Kelebihannya adalah tumbuhan akuatik seperti ini digunakan sebagai kaedah untuk rawatan air sisa.

Penyelidik juga mendapati bahawa tumbuhan jenis ini berkembang di atas kumbahan dengan cara menyerap dan mencerna nutrien serta mineral daripada air sisa kumbahan.

Namun di sesetengah kawasan, tumbuhan ini dikenali sebagai spesies invasif kerana keupayaannya berkembang dengan cepat sehingga menutup sebahagian besar tasik menyebabkan hidupan akuatik di bawah tidak menerima bekalan cahaya matahari dan oksigen terlarut.

Negatif atau positif, tumbuhan ini masih cantik apabila ianya berkembang mekar.

Berita sedih, kawasan ini sudah ditutup

Satu lagi kawasan ditutup pada bulan yang sama di atas kuasa viral.

Menurut posting oleh @KedahKini1, kawasan itu ditutup untuk kunjungan orang ramai atas faktor keselamatan.

Kredit: Facebook @KedahKini1

Kawasan yang ditutup itu merupakan sebuah jambatan kecil di tengah-tengah tasik. Nampak agak tidak selamat kalau kita diperhatikan dengan betul.

Tidak kisahlah viral atau tidak, anda semua perlu berhati-hati dengan tempat seperti ini. Hanya kerana taksub mengambil gambar yang disukai ramai, jangan sampai mengabaikan keselamatan masing-masing.

BACA JUGA: [Video] Aksi Lelaki Terjun Di Tasik Cermin Tanpa Sebab Boleh Jadi Punca Tempat Itu Ditutup


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd