Now Reading
Lisa Blackpink Positif Covid-19, Tiga Ahli Lain Tunggu Keputusan Ujian PCR

Lisa Blackpink Positif Covid-19, Tiga Ahli Lain Tunggu Keputusan Ujian PCR

Perkara ini dimaklumkan oleh syarikat produksi YG Entertainment menerusi kenyataan media.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bintang K-pop terkenal iaitu Lisa daripada kumpulan Blackpink telah disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan pada tengah hari semalam (24 November).

Keadaan kesihatan terkini Lisa atau nama penuhnya Lalisa Manoban dimaklumkan oleh agensi mereka, YG Entertainment.

Memetik laporan Soompi, tiga lagi ahli kumpulan Blackpink yang lain iaitu Jennie, Jisoo dan Rose masih tidak disenaraikan dalam kontak rapat.

Namun, mereka bertiga dilaporkan sudah membuat ujian saringan PCR dan kini sedang menunggu keputusan masing-masing.

Kami akan sentiasa memberi keutamaan untuk menjaga sepenuhnya kesihatan artis dan kakitangan kami.

YG Entertainment.

Pihak mereka juga akan memberi maklumat terkini kepada orang rami sekiranya terdapat sebarang perubahan tentang kesihatan ahli kumpulan tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd