Now Reading
G-Dragon Umum Bakal Tubuhkan Yayasan Perangi Dadah Demi Bantu Belia Korea

G-Dragon Umum Bakal Tubuhkan Yayasan Perangi Dadah Demi Bantu Belia Korea

G-Dragon membuat keputusan untuk menubuhkan yayasan anti-dadah selepas dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan bahan itu sebelum ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja G-Dragon, pasti ramai di kalangan masyarakat khususnya peminat K-pop yang mengenali penyanyi terkemuka Korea Selatan itu.

Tetapi sejak kebelakangan ini, selebriti tersebut telah terjebak dengan pelbagai isu kontroversi yang melibatkan kesalahan undang-undang.

Namun begitu, G-Dragon telah memaklumkan berita baik kepada para peminat bahawa dia akan membuat kemunculan semula pada tahun 2024 setelah sekian lamanya.


G-Dragon Bakal Tubuhkan Yayasan Anti-Dadah

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, 35, juga akan menubuhkan sebuah yayasan anti-dadah bagi memerangi penyalahgunaan dan ketagihan penduduk terhadap bahan berbahaya itu.

Dalam satu sidang media yang dijalankan semalam (21 Disember), agensi baharunya, Galaxy telah berkongsi hasil siasatan pihak berkuasa terhadap tuduhan artis itu menggunakan dadah haram.

“Polis menyelesaikan siasatan dadah ke atas G-Dragon tanpa penggantungan. Kami secara rasmi mengulangi bahawa G-Dragon tidak ada kaitan dengan penggunaan dadah haram.

“Kami berharap sidang media ini membantu G-Dragon kembali menjadi seorang artis serta individu yang tidak bersalah selain dapat menyambung semula kehidupan hariannya,” kata Ketua Pegawai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus Galaxy, Cho Sung-hae.

Sumber: Galaxy Corporation/IMDb

Khabar Palsu Oleh Netizen Rosakkan Imej G-Dragon

Cho berkata khabar angin palsu dan komen berunsur kejam terhadap penyanyi rap Korea Selatan yang terus menular kini merosakkan reputasi G-Dragon walaupun siasatan telah berakhir.

“G-Dragon mengharungi spekulasi liar ini dan cuba membuktikan dia tidak bersalah. Kini tiba masanya untuk orang lain bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

“Kami akan memberi tempoh seminggu (individu terlibat) untuk memadam komen mereka dalam talian. Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka tanpa toleransi,” jelas Cho bagi pihak Galaxy.

Terdahulu, penyanyi yang dikenali sebagai ‘King of K-pop’ itu didakwa terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Disebabkan kes tersebut, dia telah dihalang ke luar negara selain mendapat kritikan daripada sesetengah pihak. Namun baru-baru ini, pihak polis secara rasmi menutup kes berkenaan kerana hasil siasatan sehingga Oktober lalu mendapati dirinya tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia

G-Dragon Mahu Penagih Dadah Dapat Rawatan

Dalam pada itu, Galaxy turut menyampaikan pesanan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi itu. Menurut G-Dragon, dia telah mengalami detik yang amat sukar sejak kebelakangan ini.

Menerusi tuduhan penagihan dadah sebelum ini, dia menyedari bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan bahan tersebut harus mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Saya akan menubuhkan satu yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan. Saya mahu mewujudkan sebuah masyarakat di mana semua orang akan dihormati dan menerima layanan yang adil.

“Saya akan bekerja secara aktif untuk membasmi dadah buat golongan belia yang tidak berdaya dan tersasar,” ujar G-Dragon.

Dalam pada itu, G-Dragon turut menjelaskan bahawa yayasan berkenaan akan ditubuhkan atas nama kumpulan peminat BIGBANG iaitu VIP kerana sokongan yang tidak terhingga ke atasnya sepanjang dakwaan tersebut berlangsung.


G-Dragon Umum Pembubaran Bersama YG Entertainment

Pada Rabu (20 Disember), ikon K-pop itu telah mengumumkan pembubaran secara rasmi dengan agensi dahulu, YG Entertainment. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, YG mendoakan kesejahteraan dan berharap penyanyi tersebut akan berjaya dalam rancangannya pada masa akan datang.

“G-Dragon adalah salah seorang artis wakil agensi kami dan ia merupakan satu penghormatan sepanjang masa bersamanya sejak penampilan sulung dengan BIGBANG pada 2006.

“Kami mendoakan kejayaan G-Dragon untuk permulaan baharunya. Kami meminta peminat agar memberikannya galakan dan sokongan. Terima kasih,” kata YG Entertainment.

Sumber: YG Entertainment/Facebook

Profil Kerjaya G-Dragon

Kwon Ji-yong yang dilahirkan pada 18 Ogos 1988 merupakan penyanyi, pelakon, penulis lagu, penari dan penerbit di Korea Selatan.

G-Dragon yang dikenali sebagai ketua kumpulan BIGBANG telah memulakan kerjayanya dalam bidang seni hiburan bersama syarikat rakaman YG Entertainment.

Malah, dia juga telah menulis dan menggubah beberapa lagu hit diminati ramai yang dikeluarkan oleh BIGBANG sebelum ini termasuklah ‘Lies’, ‘Last Farewell’ dan ‘Day by Day’.

Berkembang pesat bukan sahaja dalam Korea Selatan bahkan juga di antarabangsa, G-Dragon menghasilkan solo album pertamanya iaitu ‘Heartbreaker’ pada tahun 2009. Album tersebut merupakan satu kejayaan buatnya apabila meraih jualan sebanyak 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Muzik Asia Mnet bagi kategori ‘Album of The Year’.

Sumber: Soompi/YG Entertainment

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd