[Video] Ayah Ajar Anak Perempuan 5 Tahun Meluncur Air Di Pantai. Hebat!
Kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Ulya itu siap boleh berdiri atas papan luncur lagi. Mengagumkan betul.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Setiap orang pasti mempunyai bakat terpendam masing-masing. Ada sesetengah mereka yang pandai melukis, memasak, menari dan sebagainya.
Sebenarnya, bakat dan sesuatu kemahiran itu boleh dipelajari dari usia muda walaupun pada awalnya mereka tiada pengalaman langsung.
Bak kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tapi, tak semestinya kena belajar dari kecil. Kalau dah besar pun boleh je nak mencuba pelbagai benda baru melalui platform atas talian seperti di YouTube dan Google.
Sekarang ni semua benda sudah di hujung jari, tinggal rajin tak rajin je.
BACA JUGA: Wanita Malaysia Mula Jual Seni Di NFT Selepas Didorong Vokalis Linkin Park
Ajar anak perempuan meluncur di laut
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @idrismustaffa, bapa kepada seorang kanak-kanak ini sedang mengajar anak perempuannya meluncur air di sebuah pantai.
Dalam video tersebut, kanak-kanak berusia lima tahun yang dikenali sebagai Ulya dilihat berani meluncur air seorang diri di atas sebuah papan sambil ditolak oleh ombak lautan.
Bukan itu sahaja, dia juga sempat berdiri dan menyeimbangkan badan di atas papan luncur tersebut.
Video aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak perempuan berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 200,100 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.
@idrismustaffa Ulya 5 year old surfing #surf #surfing #surfmalaysia #amazingterengganu
♬ suara asli – ANSTRAP – ANSTRAP26
Warganet puji cara ayah jaga anak perempuan
Di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji cara ayahnya menjaga anak perempuan tersebut dengan baik.
Ada juga yang katanya nak tengok sendiri depan mata budak perempuan tu meluncur di pantai.
Wah, kami pun nak tengok jugalah.


Memang hebat betul budak ni. Kami yang dah besar pun belum tentu pandai meluncur air macam tu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.