Now Reading
Adam Corrie ‘Ditegur’ Gara-gara Guna Chopstick Ketika Makan

Adam Corrie ‘Ditegur’ Gara-gara Guna Chopstick Ketika Makan

Adam Corrie juga pernah ditegur suatu ketika dahulu di mana penggunaan chopstick adalah tidak dibenarkan dan HARAM jika sudah memeluk agama Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, selebriti mualaf terkenal, Adam Corrie Lee telah dikecam oleh orang ramai gara-gara memuat naik sebuah video di Instagram ketika sedang menikmati hidangan menggunakan chopstick.

Menerusi video tersebut, Adam dilihat mengajar bagaimana cara bangsa Cina makan nasi dalam mangkuk yang dipenuhi ayam dan kesemua lauk.

Adam juga menggunakan chopstick ketika menikmati hidangan itu.

Guna chopstick tak HARAM

Kredit: China Highlights

Untuk pengetahuan umum, Adam Corrie telah memeluk Islam pada tahun 2007.

Dia yang berasal dari keluarga Cina yang menganut agama Buddha telah bergiat belajar mengenali Islam sebelum memeluk agama ini.

Oleh disebabkan itu, Adam dipercayai telah dikecam oleh orang ramai yang menganggap penggunaan chopstick ketika makan adalah HARAM di sisi agama Islam.

Aik? Kami pun kadang-kadang nak juga merasa makan guna chopstick.

Haram ke?

Susulan isu tersebut yang kian tersebar luas, Adam terpanggil untuk tampil memperjelaskan segalanya.

Memang begini cara orang cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chop stick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh. Kalau nasi dalam pinggan saya guna tangan sahaja makan. Sebab makan di restoren Cina Muslim, dah siap bagi Nasi Kukus Ayam Halia dalam mangkuk. Apa lagi makan pakai chopstick la, budaya bangsa sendiri.

Adam Corrie, menerusi video di Instagram.

Malah, dia turut memberitahu semua pengikutnya bahawa dia pernah ditegur suatu ketika dahulu di mana penggunaan chopstick adalah tidak dibenarkan dan HARAM jika sudah memeluk agama Islam.

Dalam posting di bahagian kapsyen, Adam turut menyertakan sepotong ayat Al-Quran untuk pemahaman orang ramai.

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.”

(Surah Hujurat, Ayat 13).


Ramai sokong Adam

Seperti yang kita tahu, penggunaan chopstick adalah TIDAK HARAM walaupun buat mereka yang beragama Islam. Oleh itu, di ruangan komen ramai yang menganggap hukum tersebut adalah merepek dan hanya direka semata-mata.

Ada juga yang berkongsi pengalaman makan guna chopstick.

Kelakarlah! Banyak yang tumpah dari masuk mulut. 😀

Kredit: Instagram/AdamCorrieLee
Kredit: Instagram/AdamCorrieLee

Sejujurnya, penggunaan chopstick itu adalah adat bangsa Cina semata-mata.

Bukannya guna chopstick, terus berdosa dalam agama Islam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd