Now Reading
Lelaki Waras Sanggup Bunuh & Makan Daging Manusia Bersama Alkohol

Lelaki Waras Sanggup Bunuh & Makan Daging Manusia Bersama Alkohol

Tertuduh dilaporkan menikam tiga mangsa sehingga mati sebelum memakan daging mentah mereka di sebuah kawasan perkampungan di Gaz-Sale, Rusia yang menempatkan kira-kira 1,721 penduduk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu tragedi yang sememangnya aneh telah berlaku di Wilayah Autonomi Yamalo-Nenets, Rusia apabila seorang lelaki yang digelar pembunuh kanibal dilapor akan memakan daging manusia selepas membunuh mangsa.

Malah, dia juga memakan daging-daging tersebut bersama minuman keras.

Vladimir Yadne, 32, dilaporkan menikam tiga mangsa sehingga mati sebelum memakan daging mentah mereka di sebuah kawasan perkampungan di Gaz-Sale.

Perkampungan tersebut mempunyai sekitar 1,721 orang penduduk.

Daily Star melaporkan Yadne menemui seorang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan-jalan ketika pulang ke rumah selepas membeli minuman keras.

Dia kemudiannya bertengkar dengan kedua-dua mangsa sebelum membunuh mereka dalam kejadian pada 6 Mac lepas.

Tertuduh membuat keputusan untuk merasa daging mentah manusia yang baru dibunuh. Dia mempunyai minuman keras bersamanya, dan minum sambil memakan daging mangsa.

Ketua Jabatan Keadilan Jenayah Wilayah Autonomi Yamalo-Nenets, Inna Nosova menerusi Daily Star.

Hubungan antara Yadne dengan kedua-dua mangsa tidak didedahkan.

Malah, senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa-mangsa juga turut tidak dijelaskan.

Menurut fakta kes, tertuduh kemudiannya membunuh seorang lagi mangsa sebelum turut bertindak memakan dagingnya.

Polis menemui mayat mangsa ketiga di lokasi berbeza daripada dua mangsa sebelumnya. Tertuduh ditahan beberapa jam selepas itu dan mengaku membunuh tiga individu terbabit.

Membunuh dalam keadaan waras

Lebih membimbangkan, Yadne dilaporkan berada dalam keadaan waras ketika membunuh dan memakan daging kesemua mangsa.

Dia turut menjalani ujian psikiatri disebabkan corak pembunuhannya.

Untuk rekod, tertuduh kini telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akibat perbuatannya itu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd