[Video] Klip Beg Mayat Palsu Warga Ukraine Dilihat Tersebar Di WhatsApp
Wartawan yang melakukan laporan di dalam video tersebut turut tampil menjelaskan bahawa warga Rusia telah memanipulasikan laporan berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Di tengah-tengah krisis antara Rusia – Ukraine yang masih berterusan pada ketika ini, sebuah video dilihat dikongsi di platform media sosial termasuk WhatsApp dan didakwa menunjukkan mayat warga Ukraine yang berpunca daripada serangan Rusia.
Tetapi apabila salah satu mayat itu dilihat bergerak ketika wartawan sedang bercakap, ia menimbulkan keraguan serius jika mayat-mayat berkenaan adalah mangsa perang Ukraine yang meninggal dunia atau sebaliknya.
Carian gambar bagi tangkapan skrin daripada video tersebut membawa kepada website Austria dengan video asal lebih panjang dan visual yang serupa.
About Ukraine
— Spriter (@spriter99880) March 1, 2022
Attention! A FAKE STORY about a humanitarian catastrophe is being filmed in Poland right now.
Fortunately, the "fake-makers" "screwed up" on the air.
Unfortunately, a lot of videos from this category are expected. pic.twitter.com/tQexRRGR1B
Sama Tapi Bukan.
Video yang sama telah dimuat naik di saluran YouTube rasmi laman web berita Austria OE24.
Video itu adalah mengenai demonstrasi untuk membantah dasar perubahan iklim. Ia telah diadakan di Vienna pada 4 Februari.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk dengan perkataan ‘klimapolitik‘ (Bahasa Jerman untuk dasar iklim, orang di Austria umumnya berbahasa Jerman) boleh dilihat menerusi video tersebut.
Individu yang berada di hadapan kamera ialah seorang wartawan berpangkalan di Jerman, Marvin Bergauer – yang melaporkan untuk saluran berita itu.
Bergauer turut dilihat bertindak untuk menafikan berita palsu itu.
Dia berkata bahawa Rusia juga menggunakan video itu sebagai propaganda.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.