Now Reading
[TERKINI] Presiden Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

[TERKINI] Presiden Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

Vladimir Putin mengisytiharkan perang terhadap Ukraine demi melindungi rakyat awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Presiden Rusia Vladimir Putin pada hari ini (24 Februari) telah mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan daripada pihak seluruh dunia.

Menerusi perutusan khas di televisyen, Putin mengumumkan operasi tentera sudah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara tersebut untuk meletakkan senjata serta menyerah diri.

Menurut laporan, operasi tersebut dilancarkan demi melindungi keselamatan orang awam di Rusia.

Walau bagaimanapun, Putin memaklumkan dia tidak berhasrat untuk menjajah Ukraine tetapi berikrar akan menentang sesiapa sahaja yang campur tangan.

Amerika Syarikat menentang peperangan

Namun, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pula berkata pihak mereka bersama sekutu yang lain akan bertindak balas terhadap Russia kerana telah mengisytiharkan operasi tentera ke atas Ukraine.

Russia perlu bertanggungjawab terhadap kematian dan kemusnahan yang berlaku akibat serangan yang dilakukan. Dunia akan memastikan Russia bertanggungjawab.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden

Biden juga akan mengumumkan tindakan terhadap Russia oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dalam tempoh terdekat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd