Now Reading
Pertukaran Kenderaan Rasmi Menteri Kepada Toyota Vellfire 2.5 Jadi Kontroversi

Pertukaran Kenderaan Rasmi Menteri Kepada Toyota Vellfire 2.5 Jadi Kontroversi

Pertukaran tersebut juga dibuat selepas mengambil kira kadar sewa bulanan Toyota Vellfire 2.5 yang lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum diketahui, Proton Perdana merupakan kereta rasmi kerajaan yang digunakan oleh Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia.

Sebelum ini, beberapa menteri menggunakan kenderaan mewah sebagai kereta rasmi kerana pihak pembekal dikatakan tidak dapat mengeluarkan Proton Perdana pada kuantiti yang mencukupi.

Namun, pada tahun 2020 pihak pembekal dimaklumkan telah mampu mengeluarkan Proton Perdana pada kuantiti yang mencukupi untuk semua Menteri dan Timbalan Menteri.

Sekarang kita sudah mendapat pengesahan bahawa kereta Proton Perdana tersebut mencukupi dan disebabkan itu, kita akan kekal dengan Proton Perdana.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Proton Perdana ditukar kepada Toyota Vellfire 2.5

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka mengenai pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ).

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menukar penggunaan Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyoto Vellfire 2.5 selepas beberapa perbincangan dibuat di media sosial.

Penggantian tersebut disebabkan oleh model Proton Perdana 2.4 Premium yang digunakan sebelum ini telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014.

Selain itu, pertukaran tersebut juga dibuat selepas mengambil kira kadar sewa bulanan Toyota Vellfire 2.5 yang lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.

Kadar sewa bulanan untuk Toyota Vellfire 2.5 adalah RM4,851.61 manakala kadar sewa bulanan untuk Proton Perdana 2.4 Premium adalah RM4,854.41.

Dalam kenyataan yang sama, pertukaran KRJ kepada Toyota Vellfire 2.5 sebenarnya telah dipertimbangkan sewaktu pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi baru dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru pertikai pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan

Walau bagaimanapun, pertukaran kenderaan ini menjadi kontroversi dan turut dipersoalkan oleh seorang ahli Parlimen Bayan Baru iaitu Sim Tze Tzin menerusi Facebook.

Menurut beliau, kerajaan dilihat sangat prihatin kepada rakyat apabila sesi pembentangan Bajet 2022 memberi manfaat kepada masyarakat.

Golongan muda bakal menerima RM150 one off e-wallet dan penjawat awam pula menerima RM700.

Walau bagaimanapun, beliau beranggapan bahawa Menteri-menteri kerajaan menerima bantuan yang paling banyak apabila mereka bakal mendapat bantuan kereta Vellfire 2.5 sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) bernilai RM 5,759.65 sebulan.

Apabila melihat kepada jumlah hutang negara yang mencecah RM1.3 trilion, beliau merasakan pertukaran KRJ daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyoto Vellfire 2.5 adalah bukan satu keperluan.

Rakyat pun tak setuju dengan pertukaran tersebut

Hasil tinjauan di ruangan komen posting oleh ahli Parlimen tersebut, rata-rata netizen turut mempertikaikan pertukaran KRJ itu yang dianggap tidak seimbang dengan bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Kredit; Facebook Sim Tze Tzin
Kredit; Facebook Sim Tze Tzin

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd