Now Reading
[Video] Kanvas ‘Terbang’ Dari Lori Hampir Ragut Nyawa Penunggang Motorsikal Di LDP

[Video] Kanvas ‘Terbang’ Dari Lori Hampir Ragut Nyawa Penunggang Motorsikal Di LDP

Kejadian ngeri tersebut telah berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putrajaya membabitkan sebuah lori dan motorsikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Penunggang motorsikal diberi amaran supaya lebih berhati-hati di jalan raya setelah satu rakaman kejadian ngeri berlaku di mana kanvas besar dilihat ‘terbang’ dari sebuah lori di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putrajaya.

Rakaman dashcam selama 45 saat, bertarikh 3 November itu menyaksikan sebuah motosikal dengan seorang penunggang dan pembonceng hampir mengalami kemalangan maut setelah kanvas itu terbang dan jatuh di atas motor mereka.

Setelah itu, motosikal dan penunggangnya diselubungi kanvas yang berterbangan ketika mereka berada di belakang lori sebelum hilang kawalan dan terbabas di tengah lebuh raya.

Kemalangan tersebut juga hampir meragut nyawa penunggang dan pembonceng motorsikal terbabit.

Walau bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius susulan kemalangan itu.

Tinjauan di media sosial turut mendapati orang ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka mengenai aspek keselamatan ketika memandu bersebelahan dengan lori atau muatan berat.

Berdiri bulu roma tengok klip video ni. Memang betul-betul bernasib baik.

Tindakan diambil kepada subkontraktor dan pemandu lori

Susulan insiden tular itu, syarikat yang mengendalikan lori ‘arm roll’ terbabit tampil memberikan kenyataan.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management iaitu Ramli Mohd Tahir dalam satu kenyataan di Facebook mereka semalam (4 November) menjelaskan bahawa kejadian tersebut disebabkan pengikat kanvas telah terputus dan menghalang penunggang dan pembonceng sebuah motorsikal sebelum hilang kawalan dan mengalami kemalangan.

Pihak mereka juga mengatakan tindakan keras telah diambil kepada subkontraktor serta kru dan pemandu lori berkenaan.

Jelas mereka lagi, pihak subkontraktor dan pemandu lori tersebut akan mengemukakan laporan insiden berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini (5 November).

Segala urusan perubatan dan ganti rugi baik pulih kenderaan juga telah diselesaikan dan kedua-dua mangsa kini sedang menjalani rawatan.

Pihak kami menyerahkan sepenuhnya segala siasatan lanjut serta tindakan mengikut peruntukan undang-undang kes ini kepada pihak polis. Sekali lagi, pihak kami memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas ke atas subkontraktor kami yang didapati gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk menamatkan kontrak perkhidmatan mereka sekiranya diperlukan.

Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management menerusi kenyataan rasmi di Facebook.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd