“Tunggang Selagi Boleh” – Penjual Baju Kalis Sihir Undang Kemarahan
Harga yang ditawarkan adalah RM313 bagi baju muslimah wanita (blouse), manakala harga ahli adalah RM270 sehelai. Siap ada saiz paling kecil sampai paling besar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Makin lama, makin pelik perangai segelintir manusia.
Baru-baru ini telah tular di media sosial apabila seorang penjual telah mempromosikan penjualan baju muslimah dan baju jenis t-shirt yang kononnya mampu mencegah gangguan mistik seperti santau, saka, dan sihir.
Mungkin anda rasa merepek, tapi itu yang dikatakan oleh si penjual

Menariknya, dari saiz XS sampai ke XXL ditawarkan.
Siap ada harga untuk ahli, lebih murah nampaknya.
Harga yang ditawarkan adalah RM313 bagi baju muslimah wanita (blouse), manakala harga ahli adalah RM270 sehelai.
Menurut keterangan penjual, baju tersebut dijahit menggunakan kaedah falaq iaitu amat mujarab untuk pesakit mistik seperti saka, sihir dan santau.
Bukan main ‘hardsell’.
Merepek dan syirik!
Susulan tularnya baju kalis sihir ini, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan pandangan mereka terhadap penjual baju yang disifatkan sebagai ‘syirik’ dan mengarut.
Mana taknya, baca kapsyen pun dah tahu ‘menunggang’ agama.
Tapi banyak juga yang meninggalkan komen-komen menarik dan menghiburkan hati.


Semoga tak ada yang terbeli.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



