Now Reading
Ibu Rayu Bantuan Cari Anak Lelaki Yang Hilang Tanpa Berita

Ibu Rayu Bantuan Cari Anak Lelaki Yang Hilang Tanpa Berita

Lelaki itu keluar rumah dengan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada pukul 1.30 pagi Jumaat (29 Oktober) untuk pulang ke Kemaman seorang diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, aktiviti rentas negeri dilihat tidak putus-putus.

Ada yang pergi bercuti, melawat ibu bapa di kampung halaman, menguruskan hal-hal kerja yang tergendala susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan banyak lagi.

Apabila kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan, berpusu-pusu rakyat dilihat mula keluar dan merentas negeri.

Kredit: Choo Choy May/Malay Mail

Walau bagaimanapun, satu berita sedih telah diterima oleh sepasang suami isteri di mana salah seorang anak mereka dikatakan hilang sejak 29 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Ibu kepada lelaki tersebut, Azmawati Ab. Kadir, 54, berkata Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang, Johor untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.

Anak sulung dari­pada dua beradik itu pulang ke kampung menggunakan Proton Iriz sebelum menukarnya kepada kereta Nissan Grand Livina.

13 November ini, hari terakhir dia kerja di Kemaman dan dia merancang untuk membawa kami sekeluarga bercuti di Kelantan. Sebab itu dia ingin menukar kereta yang lebih besar supaya memudahkan pergerakan apabila kami ke sana.

Azmawati Ab. Kadir, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain menerusi Kosmo.

Pulang ke Terengganu seorang diri pada jam 1:30 pagi, 29 Oktober

Muhammad Iman (kiri) bersama ibu dan adiknya.
(Kredit: Kosmo)

Memetik laporan Kosmo, Azmawati menjelaskan anak lelakinya itu keluar rumah dengan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada pukul 1.30 pagi Jumaat (29 Oktober) untuk pulang ke Kemaman seorang diri.

Kebiasaannya dia akan menghubungi anaknya setiap sejam untuk bertanya keadaannya. Namun, pada hari kejadian dia kepenatan sebelum tertidur.

Pada keesokkan hari, saya tengok telefon dan dia tidak hantar mesej atau menghubungi saya. Saya pelik dan cuba menghubunginya semula tetapi gagal. Kami sekeluarga ikhtiar cari dia dengan hubungi tempat kerjanya, kawan-kawan serta tunang dan jawapan juga sama iaitu tidak dapat dihubungi. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Kemaman, Terengganu pada 29 Oktober.

Azmawati Ab. Kadir, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain menerusi Kosmo.

Firasat ibu

Azmawati turut menjelaskan bahawa firasat hati seorang ibu kuat mengatakan anaknya masih hidup dan akan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Dia turut memohon orang ramai untuk membantu mencari anaknya itu.

Abang, di mana kamu nak, ibu rindu, pulanglah…

Azmawati Ab. Kadir, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain menerusi Kosmo.

Orang ramai yang melihat kenderaan atau Muhammad Iman boleh menghubungi Azmawati di talian 011-186446801 atau salurkan maklumat di balai polis berdekatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd