Now Reading
[Video] “Bila Dah Dewasa Baru Sedar..” Lelaki Luah Rindu Masakan Air Tangan Arwah Ibu Buat Ramai Sebak

[Video] “Bila Dah Dewasa Baru Sedar..” Lelaki Luah Rindu Masakan Air Tangan Arwah Ibu Buat Ramai Sebak

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Ajib itu, tidak akan ada sesiapa pun yang akan mampu melawan kesedapan masakan air tangan ibu apabila sudah dewasa ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika ditanya mengenai makanan yang paling sedap di dunia, pasti ramai yang akan menjawab masakan air tangan ibu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah kehilangan insan terbabit pastinya tidak tergambar perasaan rindu untuk merasakan kembali masakan yang dimasak oleh ibu mereka.

Lelaki kongsi kisah bawa bekal makanan dimasak arwah ibu undang perhatian ramai

Begitulah yang dilalui seorang lelaki ini apabila dia berkongsi pengalaman semasa zaman sekolah rendah dahulu yang sering membawa bekal dimasak oleh arwah ibunya mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abangsejukofficial, lelaki yang dikenali sebagai Ajib itu berkata dia sering melihat rakan-rakannya yang lebih berkemampuan membawa bekal makanan seperti nugget, sosej dan ayam goreng.

Pada ketika itu, Ajib berkata dia hanya membawa bekal yang dimasak oleh arwah ibunya seperti nasi goreng, cucur, goreng pisang dan sebagainya.

“Waktu dahulu semasa saya pergi sekolah rendah, setiap pagi mesti saya bawa bekal. Setiap kali waktu rehat saya akan pandang pada kawan-kawan.

“Saya tengok diorang ini makan nugget, makan ayam goreng, fries apa semua. Lepas dah balik sekolah saya bagitau dekat mama yang di sekolah semua (kawan) makan makanan orang kaya.

“Bagi saya masa itu nugget makanan orang kaya. Teringin nak makan makanan macam orang kaya-kaya,” katanya.

Bila dewasa, baru sedar masakan ibu lebih sedap berbanding makanan lain

Bagaimanapun, setelah meningkat dewasa dia mula sedar bahawa makanan air tangan ibu adalah lebih sedap berbanding makanan yang dianggap untuk orang kaya itu.

“Jadi ternyata bila kita dah besar, air tangan ibu lebih sedap daripada makanan orang kaya tadi. Akan sampai satu masa, kita dah dewasa kita rindu masakan air tangan ibu kita” katanya dalam keadaan sebak.

Tiada siapa yang mampu lawan kesedapan masakan air tangan ibu

Jelasnya, tidak akan ada sesiapa pun yang akan mampu melawan kesedapan masakan air tangan ibu apabila sudah dewasa ini.

Bila saya dah besar, saya fikir tak kaya mana pun makanan orang kaya tadi. Itu lah manusia yang tak pandai bersyukur dengan apa yang dia ada dan sekarang dia bukan hilang makanan malah dia hilang seorang ibu dan dia tidak boleh lagi merasa air tangan seorang ibu.

TikTok/abangsejukofficial
@abangsejukofficial

Insha Allah Doa2 Anak mu sentiasa mendampingi kubur mu ibu , ajib sentiasa mendoakan buat mama, in sha Allah moga kita berjumpa lagi di alam sana dan dapat merasa lagi hasil masakan tangan mu mama I Love You #abangsejuk

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat perkongsian cerita oleh lelaki terbabit.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut berkongsi perasan rindu mereka untuk merasakan masakan air tangan ibu yang telah meninggal dunia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd