Now Reading
[Video] Kedai Makan Ala-ala Kenduri Kahwin Curi Tumpuan Netizen

[Video] Kedai Makan Ala-ala Kenduri Kahwin Curi Tumpuan Netizen

Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari yang terletak di Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang menjual lauk-lauk sama seperti di kenduri kahwin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak berlakunya pandemik, majlis sosial adalah salah satu aktiviti larangan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Sehingga kini, kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan sosial termasuklah kenduri kahwin.

Tiba-tiba rasa rindu pula suasana di kenduri kahwin apabila dapat bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa.

Paling tak boleh lupa makcik-makcik bawang yang suka bertanya mengenai giliran kita untuk berkahwin. Haih, susah soalan ni.

Tapi, yang paling dirindui adalah makanan ketika kenduri tersebut.

Antara menu yang wajib ada di setiap kenduri kahwin adalah nasi minyak, ayam masak merah, daging masak kicap, gulai daging, acar buah dan banyak lagi.

Memang terliurlah bila cakap pasal lauk kenduri ni.

Ingatkan kenduri kahwin, rupa-rupanya kedai makan

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi satu video menunjukkan sebuah kedai makan berkonsepkan ala-ala kenduri kahwin.

Bila tengok dari jauh, memang sebijik macam kenduri kahwin.

Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari yang terletak di Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang ini sememangnya menarik perhatian orang ramai.

Mana tidaknya, kedai tersebut didirikan di bawah khemah putih dan dihiasi dengan bunga manggar.

Bukan itu sahaja, mereka juga membuka lagu ‘Kompang Dipalu’ yang sering dipasang di setiap kenduri kahwin.

Amboi, feeling-feeling betul. Sebiji rasa macam pergi kenduri kahwin.

Lauk-lauk yang dijual di kedai itu juga sama seperti menu yang selalu disediakan ketika kenduri masjlis persandingan.

Video itu sememangnya sedang menjadi bualan ramai apabila berjaya meraih 325,400 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@azmhni.ps/video/7022855482192792834?_d=secCgYIASAHKAESPgo8U26DOlNnl1VqtVob4JSsx67Z34Dd%2B0E8rveLZfUF6XEqt35FRTgEW2ikhj%2FOyJSkAy8mDu8RqW5kfY7rGgA%3D&language=en&mid=7022855414853143297&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7022855482192792834&source=h5_t&timestamp=1635391672&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Netizen puji strategi pemasaran kedai makan ini. Memang terbaik!

Hasil tinjauan di ruangan komen, boleh dikatakan kebanyakan netizen merindui suasana ketika kenduri kahwin.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji strategi pemasaran kedai tersebut dan membuat gurauan kononnya selepas ini tiada lagi makanan percuma di kenduri kahwin.

Hmm, mungkin boleh jadi?

Kredit: TikTok/azmhni.ps
Kredit: TikTok/azmhni.ps

Macam boleh pergi je hujung minggu ni. Dah lama tak merasa nasi minyak kenduri kahwin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd