Now Reading
Lelaki Tak Puas Hati Kad Akuan Nikah Tak Sepadan Dengan Harga

Lelaki Tak Puas Hati Kad Akuan Nikah Tak Sepadan Dengan Harga

Geram juga apabila gambar mereka berdua tidak dimasukkan di dalam kotak dengan betul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum diketahui, proses untuk mendirikan rumah tangga mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa melengkapkan beberapa dokumen penting terlebih dahulu.

Itu tak termasuk lagi nak buat temujanji dengan Jabatan Agama Islam dan sebagainya.

Bukan kita seorang je yang nak kahwin, ramai lagi yang mempunyai niat sama.

Jadi, boleh bayangkan tak betapa lamanya sementara menunggu tarikh temujanji teresbut.

Senang cerita, banyak jugalah cabaran sebelum boleh menghalalkan ‘si dia’.

Lelaki bengang kad perakuan nikah tidak berkualiti

Apabila sudah sah bergelar suami isteri pula, masing-masing perlu membuat beberapa dokumen penting seperti kad perakuan nikah dan sijil nikah.

Boleh tahan lama jugalah nak tunggu dokumen tersebut disiapkan.

Bila sesuatu proses itu mengambil masa agak lama, mestilah kita mengharapkan hasil yang memuaskan, betul tak?

Sama seperti apa yang dirasai oleh seorang pengguna Twitter iaitu Aqil Junaidi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh lelaki tersebut, dia meluahkan rasa tidak puas hati apabila hasil kad perakuan nikah yang diterimanya tidak berpatutan dengan harga berjumlah RM40 untuk dua keping.

Dia agak bengang apabila gambar mereka berdua tidak dimasukkan di dalam kotak yang disediakan dengan betul.

Masing-masing tunjuk kad perakuan nikah di negeri berlainan

Kebanyakan netizen membalas tweet tersebut dengan menunjukkan kad perakuan nikah daripada negeri masing-masing.

Kredit: Twitter/sirhasbihashim
Kredit: Twitter/Intan Nurhafizah Fazriana
Kredit: Twitter/hawaniamustaffa

Bukan itu sahaja, seorang lelaki dikenali sebagai Inche Faris juga sempat meluangkan sedikit masa untuk mereka semula kad perakuan nikah menjadi lebih cantik.

Kredit: Twitter/Inche Faris

Tapi yang tak boleh tahan kelakarnya apabila dia menggunakan contoh gambar daripada watak filem Black Panther dengan memberi nama Ustaz Killmonger dan Hajjah Shuri.

Kredit: Twitter/Inche Faris

Harapnya pihak pendaftaran urusan kad nikah boleh ambil inisiatif tersendiri untuk meningkatkan lagi kualiti kad yang akan dibawa sepanjang hayat ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd