Now Reading
Risau Jika Terkena Panau? Dengar Dulu Penjelasan Dari Doktor Kesihatan

Risau Jika Terkena Panau? Dengar Dulu Penjelasan Dari Doktor Kesihatan

Tompok panau sebenarnya boleh hilang cuma akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun sementara menunggu pigmen kulit tumbuh semula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bukan semua orang ada kulit yang normal. Betul tak?

Ada segelintir individu mempunyai masalah kulit sensitif seperti alergi kepada sesetengah bahan pencuci, bulu kucing, habuk dan sebagainya.

Kadang-kadang ada yang naik ruam di sesetengah kawasan badan kerana berlaku tindak balas dengan alergi tersebut.

Tapi kan, anda pernah dengar tak orang tua selalu marah kalau anak-anak terus mandi ketika badan sedang berpeluh? Bukan apa, katanya risau terkena panau.

Kredit: Maskulin

Aik, biar betul?

Bagaimana boleh terjadinya panau? Apa puncanya?

Ada juga yang mengatakan panau itu terjadi akibat sikap malas seseorang.

Mungkin malas nak mandi kot.

Untuk memberi penjelasan sebenar kepada orang ramai, seorang doktor kesihatan yang dikenali sebagai Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan membuat perkongsian ringkas mengenai panau di Twitter miliknya baru-baru ini.

Menurutnya, panau adalah satu penyakit yang berlaku akibat jangkitan kulat Malassezia.

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit yang menghasilkan sebum seperti di dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terkena panau seperti faktor cuaca, jenis kulit dan sistem imuniti badan.

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Macam mana nak mengenalpasti panau? Ada beberapa ciri yang anda boleh lihat seperti warna tompok, jenis permukaan, dan bentuk.

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kalau ada sesiapa yang terkena panau, anda tak perlu risau kerana ada pelbagai rawatan yang boleh digunakan seperti ubat krim dan pil.

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Rawatan ini perlu dilakukan dengan konsisten selama sebulan untuk membunuh kulat Malassezia pada tubuh badan.

Tetapi, tompok panau itu akan masih kelihatan walaupun kulat tersebut sudah mati.

Walau bagaimanapun, tompok itu sebenarnya boleh hilang cuma akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun sementara menunggu pigmen kulit tumbuh semula.

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Mungkin ada yang risau kalau Panau ini boleh berjangkit kepada orang lain.

Jawapannya: TIDAK

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kalau nak mandi terus walaupun badan masih berpeluh pun tak ada masalah juga sebenarnya.

Kredit: Twitter/Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Senang kata, kalau nak elak daripada terkena apa-apa jenis jangkitan ataupun penyakit, kena selalu jaga kebersihan dan amalkan gaya hidup yang sihat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd