Now Reading
[Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

[Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Bila buka sahaja pintu rumah, bau tahi kucing terus menusuk hidung dan keadaan rumah juga sangat kotor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini tak ramai yang mampu nak beli rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang baru mula bekerja.

Duit simpanan pun tak berapa banyak lagi.

Harga rumah zaman sekarang pun boleh tahan mahal juga. Jadi, salah satu pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa.

Bila kita dah menyewa di rumah orang pula, kenalah jaga betul-betul.

Tapi, bukan semua orang ada rasa tanggungjawab macam kita. Ada sesetengah orang yang asalkan rumah itu berbumbung pun sudah cukup.

Bersih ke tak bersih lain cerita.

Penyewa tak jaga kebersihan rumah. Pengotor!

Baru-baru ini, seorang pemilik rumah sewa yang dikenali sebagai Suhaila Sujak berkongsi di Facebook mengenai keadaan rumahnya yang disewa oleh dua orang wanita.

Betapa sedihnya pemilik rumah itu bila dia tengok keadaan rumah yang dahulunya kemas dan bersih kini sebaliknya berlaku.

Kredit; Facebook Suhaila Sujak
Kredit: Facebook Suhaila Sujak

Rumah itu kalau sekali pandang memang nampak macam tong sampah kerana banyak barang bersepah dan bau yang kurang menyenangkan.

Bila buka sahaja pintu rumah, bau tahi kucing terus menusuk hidung dan keadaan rumah juga sangat kotor.

Bukan itu sahaja, keadaan tandas pun membuatkan pemilik rumah nak termuntah bila tengok.

Nak ambil gambar pun tak sanggup.

Kredit: Facebook Suhaila Sujak

Pengotor betul penyewa rumah ni.

Sebelum ini, pemilik rumah ada menyediakan pelbagai kemudahan kepada penyewa seperti peti sejuk, mesin basuh, dapur dan seterika.

Sayangnya, kemudahan itu semua tak dijaga dengan baik.

Kredit: Facebook Suhaila Sujak
Kredit: Facebook Suhaila Sujak
Kredit: Facebook Suhaila Sujak

Menurut pemilik rumah, kejadian seperti ini pernah berlaku tetapi dia masih beri peluang kepada penyewa.

Ketika kali pertama berlaku, pemilik rumah itu sanggup sental bilik air dan dapur baju sendiri.

Mana nak dapat pemilik rumah yang baik macam ni.

Malangnya, selepas 10 bulan berlaku lagi perkara yang sama.

Haih, kita pun jadi sama-sama geram dengan penyewa tu tau.

Netizen geram ada perempuan jenis pengotor macam ni

Di ruangan komen, rata-rata warganet geram dan marah apabila melihat keadaan rumah yang bersepah dan kotor itu.

Ada juga netizen yang pernah melalui pengalaman yang sama apabila berhadapan dengan penyewa yang pengotor.

Kredit: Facebook Suhaila Sujak
Kredit: Facebook Suhaila Sujak
Kredit: Facebook Suhaila Sujak

Macam manalah penyewa boleh tinggal dalam rumah yang kotor ni.

Kita pula yang stress tengok. Rasa macam nak tolong kemaskan pula.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd