Now Reading
Terpaksa Bersalin Seorang Diri Di Dalam Bilik Hospital Selepas ‘Tidak Dilayan’ Oleh Kakitangan

Terpaksa Bersalin Seorang Diri Di Dalam Bilik Hospital Selepas ‘Tidak Dilayan’ Oleh Kakitangan

Kejadian tersebut telah berlaku di Hospital Sultan Ismail di Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, pengalaman seorang wanita bersalin seorang diri telah mulai membanjiri media sosial.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, kejadian tersebut telah berlaku di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Datuk Dr Aman Rabu berkata aduan yang diterima itu adalah berasas dan pihaknya akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.

Kredit: Noor Aziah/Facebook

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Noor Aziah Kassim, 35, mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu.

Namun, dia adalah kontak rapat kepada suaminya yang positif Covid-19.

Dr. Aman menjelaskan bahawa wanita itu diperiksa pegawai perubatan dan didapati di peringkat awal kelahiran, sebelum dimasukkan ke bilik isolasi di HSI sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukan.

Wanita itu juga diletakkan di dewan bersalin (bilik nombor dua) dengan pintu bilik sentiasa ditutup kerana pesakit adalah kes positif Covid-19 dan bilik itu juga berada agak jauh dari kaunter jururawat.

Pegawai perubatan dan jururawat sudah melakukan ‘donning’ dan pemeriksaan ke atas pesakit.

Wanita tersebut memberitahu bahawa doktor tidak membenarkan kelahiran normal dan dia kemudiannya disiapkan untuk menjalani pembedahan.

Noor Aziah mula meneran bayinya keluar yang mengambil masa sekitar dua saat, setelah itu dia menggunakan kakinya untuk menghalang daripada bayinya terjatuh dari katil.

Dia bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu menjalani pembedahan.

Noor Aziah mengaku telah memanggil kakitangan hospital beberapa kali dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada. Namun, masih tidak didengari sehingga untuk kali terakhir dia menjerit sekuat yang mungkin, barulah kakitangan hospital dengar.

Menurut Aziah, setelah kakitangan hospital datang ke biliknya dan buka pintu untuk ‘jengah’ keadaaannya, nurse berkenaan menjerit kepada kawan yang lain, “Eh, dia dah bersalin la. Ingatkan kenapa la jerit-jerit tadi.”


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd