Now Reading
Menteri Besar Selangor Positif Wabak

Menteri Besar Selangor Positif Wabak

Datuk Seri Amirudin Shari disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR semalam (1 Mac).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan RT-PCR semalam (1 Mac).

Berikutan itu, beliau terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, beliau akan kembali bertugas secara rasmi mulai Selasa depan iaitu 8 Mac apabila sembuh daripada wabak berkenaan.

Amirudin juga memohon kepada semua pihak yang telah bertemu dengannya dalam tempoh 48 jam sebelum itu untuk segera menjalani ujian saringan Covid-19. Beliau turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Berdasarkan laporan sehingga hari ini (2 Mac), Malaysia telah mencatatkan jumlah kes aktif sebanyak 293,651 dengan tambahan 25,406 kes positif semalam (1 Mac).

Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihati untuk mengamalkan SOP yang ditetapkan dengan melakukan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka di tempat awam.

Sama-sama kita mengekang penularan wabak Covid-19. Stay semua everyone!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd