Positif Covid-19? Ini Antara ‘Covid Starter Kit’ Penting Korang Perlu Ada!
Netizen yang pulih daripada Covid-19 berkongsi senarai ubat yang telah membantunya untuk pulih daripada virus tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Memandangkan kes Covid-19 kian meningkat, semakin ramai rakyat Malaysia dilihat melakukan kuarantin kendiri di rumah pada ketika ini.
Ia boleh menjadi pengalaman yang menakutkan apabila anda tidak pasti sepenuhnya apa perlu dilakukan sepanjang tempoh kuarantin.
Oleh itu, seorang netizen yang telah pulih daripada Covid-19 berkongsi senarai ubat yang membantunya semasa tempoh pemulihan dan kuarantin. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ini hanyalah panduan.
I doakan korang semua dijauhkan. But here, covid starter pack.
— SYÃ…ZA (@SyazaRahizad) February 22, 2022
Ubat batuk, nasal spray, difflam ni ada biasa & medicated (medicated lozenges ni kena request from pharmacist) for sakit tekak & tekak gatal, Dysolvon tablet for chest congestion, panadol actifast & panadol extend. pic.twitter.com/cNq8kfCd10
@SyazaRahizad berkongsi senarai ubat dalam ‘starter pack’ yang membantunya melegakan simptom seperti sakit tekak, ulser mulut, batuk dan kesesakan dada.
Berikut adalah beberapa ubat yang dicadangkan:
- Sirap batuk
- Lozenges: Difflam. Terdapat dua jenis: medicated and unmedicated. Untuk mendapatkan Difflam medicated (huruf merah pada kotak), anda perlu meminta daripada pakar di farmasi. Difflam medicated mempunyai ciri anti-radang dan anti-bakteria.
Difflam ni berbeza tau dengan difflam yang duduk dekat strepsils and fisherman’s friend dekat counter. Yang ni kena request dekat dispensary/pahrmacist/prescription.
— SYÃ…ZA (@SyazaRahizad) February 22, 2022
Yang ni ada anti-inflammatory & anti-bacterial pic.twitter.com/WYDsuxoamW
- Coolfever
- Panadol Actifast dan Panadol Extend
- Semburan tekak
- Tablet Dysolvon untuk kesesakan dada
- Aloclair Plus atau ubat kumur untuk ulser
Dia juga mengesyorkan beberapa item yang bukan ubat tetapi akan membantu meredakan gejala seperti:
- Minum air kelapa atau madu untuk melegakan sakit tekak dan panas
- Minuman probiotik seperti kombucha dan Yakult untuk meningkatkan imuniti
- Vapour rub
- Oximeter untuk memantau tahap oksigen anda
Bila bercakap tentang ubat sakit tekak (lozenges), dia menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil ubat sakit tekak jenis pudina seperti Strepsils dan Fisherman’s Friends kerana ia boleh menyakitkan tekak dan bukan melegakannya.
Dia mengesyorkan supaya jika anda sakit tekak, elakkan mengambil hidangan berasid, pedas atau berminyak. Walau bagaimanapun, anda juga boleh melegakan tekak dengan memakan aiskrim dan yogurt.
Selain itu, dia mengingatkan orang ramai supaya minum banyak air dan sentiasa ingat untuk makan kerana badan juga memerlukan tenaga untuk pulih.
Salah seorang netizen menegaskan bahawa sirap ubat batuk yang ditunjukkannya dalam gambar, Bena Expectorant – adalah ubat mengantuk yang kuat dan menasihatkan orang dewasa untuk hanya mengambil sedikit (0.5ml) pada waktu pagi jika mereka pergi bekerja.
just nak bagitau yang ubat batuk bena tu (botol oren), sangat sangat sangat sangat mengantuk ya.
— Zarzou • Bareskinlab (@naniamnz) February 22, 2022
kalau dewasa (yang berkerja) nak makan, minum lah 0.5ml sahaja di waktu pagi. sebab effect dia memang mengantuk wei.
kalau minum bukan hari berkerja, memang tidur 1 hari 🤣
Seorang lagi netizen berkata terdapat Difflam dalam botol semburan untuk mereka yang tidak suka menghisap lozenges.
Mereka mengesyorkan menyembur Difflam pada tiga titik di dalam mulut: kiri, kanan dan tengah.
Just adding, kalau y’all bukan jenis lozenge like me, use this spray. Just spray betul betul kat anak tekak (3 points, left right and middle) and it works wonder. pic.twitter.com/oNZcfFeB6K
— gula ✨ (@aaghrtyy) February 23, 2022
Sesetengah ubat tidak sesuai untuk wanita hamil, jadi penting untuk menyemak label terlebih dahulu.
Bagi wanita hamil yang mengalami sakit tekak, seorang netizen berkongsi bahawa doktornya mengesyorkan untuk mengambil Euphon pastilles sebagai ubat sakit tekak ketika hamil.
Hi, sis. Masa preggy dulu Dr. bg I lozenge ni. Semoga membantu. pic.twitter.com/FecFLMbi9v
— Ms. Nutella (@Nn_nutella) February 23, 2022
Seperti biasa, adalah lebih selamat untuk menyemak dahulu dengan doktor anda sebelum membeli dan mengambil sebarang ubat, walaupun anda pernah menggunakannya sebelum ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.