CAC Stadium Malawati Dikerumuni 4,000 Individu Positif Yang Ingin Lapor Diri
Susulan jumlah pengunjung makin meningkat, petugas CAC Stadium Malawati mula mengagihkan makanan dan minuman kepada orang ramai kira-kira pukul 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semakin hari, semakin membimbangkan.
Angka kes positif Covid-19 di Malaysia akhir-akhir ini telah mencatat jumlah yang begitu tinggi iaitu lebih 9,000 kes sehari.
Disebabkan itu, setiap individu yang telah disahkan positif akan diminta untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya serta menjalani kuarantin.
Hari ini (12 Julai 2021), Malaysia Gazette melaporkan bahawa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati kini dibanjiri oleh individu yang positif Covid-19 yang ingin melaporkan diri.
Mereka juga dilihat terpaksa beratur panjang lebih 500 meter. Malah, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak, bayi, serta individu lain yang positif terpaksa beratur di bawah sinaran matahari yang terik sejak jam 11 pagi tadi.

Orang ramai dilihat beratur sehingga parkir kenderaan bersebelahan dengan stadium tersebut. Malah, hanya satu khemah sahaja kelihatan di situ bertujuan untuk menempatkan individu yang mengalami simptom yang serius.
Dilihat juga orang ramai yang membawa beg serta persiapan kuarantin masing-masing termasuk bantal, baldi, dan sebagainya – seakan-akan mengetahui bahawa mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin sebaik lapor diri.
Keadaan Pusat Penilaian #COVID-19 di Stadium Malawati. Dijangka CAC Stadium Malawati akan menerima jumlah pesakit yang luar biasa iaitu mencecah lebih 3 ribu hari ini. @BuletinTV3 pic.twitter.com/IM8dGRoORQ
— Norfazilah Mohd Sahir (Fazy Sahir) (@FazyNewsMPB) July 12, 2021
Paling membimbangkan, ada juga kejadian yang melibatkan petugas kesihatan berpakaian PPE berlari di tengah panas untuk mengambil pesakit yang mungkin telah pengsan dan dibawa masuk oleh petugas kesihatan di situ.
Paling seram tengok part ni tadi kat TV, petugas kesihatan dengan PPE berlari tengah panas, warga emas, orang kurang upaya dan bayi beratur tengah panas.
— ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ (@hairinazwan) July 12, 2021
Sumber : https://t.co/llE02JqsRI
Tontonan Penuh : https://t.co/vS7cZfgrCe pic.twitter.com/XmVKCrynwp
Turut dimaklumkan – lebih 4,000 pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.
Ianya amat membimbangkan kerana kapasiti harian CAC Stadium Malawati hanya boleh menerima antara 1,200 hingga 1,500 pengunjung dan kehadiran lebih 4,000 orang itu adalah di luar keupayaan mereka.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.