[Video] Situasi Di PPV Hotel Grand Seasons, Pihak Rumah Prihatin Tampil Beri Penjelasan
Lokasi Rumah Prihatin@Grand Seasons ini terletak berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana pesakit Covid-19 menerima rawatan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semalam (11 Ogos), satu video pelanggaran SOP telah membanjiri media sosial setelah ianya dimuat naik oleh pengguna Instagram iaitu @bondaumirahtaib.
Video berdurasi 7 minit itu diambil dari luar Rumah Prihatian@Grand Seasons yang juga merupakan Hotel Kebajikan pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Hotel Grand Seasons, Hotel Pulse Grande – anak syarikat Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo).
Tonton video penuh di bawah:
Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki warganegara Malaysia meluahkan rasa marah dengan keadaan sekeliling yang dilihatnya di mana setiap individu yang beratur untuk mendapatkan vaksin secara (walk-in) langsung tidak mematuhi SOP.
Beratur terlalu dekat seolah-olah ingin memeluk individu yang berada di hadapan.
Pada minit ke 1:18, lelaki ini turut menyeru Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melakukan sesuatu.
“Azmin Ali, you do something brother!” katanya dalam video tersebut.
Dia turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa yang datang sejurus selepas itu untuk meredakan keadaan, namun apa yang difokuskan adalah motor milik lelaki ini yang dikatakan terletak di atas garisan kuning.
“Ini hal kecik je motor ni. Hal besar ini yang tengah beratur ni cik,” jelas individu tersebut dengan nada yang begitu prihatin dan kesal.
“Dah viral baru jalan”
Menurut netizen, kejadian ini telah berlaku berhari-hari namun masih belum tular dan tiada apa-apa tindakan pernah diambil sebelum ini.
I lalu depan GS last Monday sebab hantar my parents vax kt PWTC. The queue sama je mcm yg viral this morning. No gap at all. Means bukan baru harini je tau SOP dia kelaut 😓
— Qil. (@QilQulQal) August 11, 2021
Boleh je buat kerja. Ingat susah. Bila orang rakam marah tapi kalau tak viral tak buat kerja. Patut la orang Malaysia gila merakam, gila viral. Viral > Kuasa Polis
— Azam Nasir (@azamnasir98) August 11, 2021
Siang menangis, malam bertindak
Cikgu matematik ‘turun padang’.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Shakib dan team @mcplus_my yang juga merupakan tenaga pengajar math clinic telah turun padang pada waktu malam, hari yang sama untuk membantu kerja-kerja berkaitan pematuhan SOP dan penjarakan sosial di PPV tersebut.
math clinic ni job scope diaorang bukan jaga ppv tau. diaorang ada online class and dieorang ni tenaga pengajar. malam tadi dieorang dah bantu buat line untuk sop dah Alhamdulillah . harini biar lah pdrm and dbkl buat kerja pula sebab tu memang tugas diaorang.
— 🌸 (@ayuradzan) August 12, 2021
bangga aku rasa pernah jadi student sir Shakib dekat mathclinic seksyen 9, 8 tahun lepas. dulu dia bawak motor bmw apa ntah fav aku tu. masih bergaya sekarang sir, fuhh
— Hilmi. (@xafqhilmi) August 11, 2021
Semoga amal kebaikan mereka ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang bakal hadir ke PPV itu pada hari-hari seterusnya.
Terbaik, team mcplus.my!
Rumah Prihatin@Grand Seasons tampil beri penjelasan
Setelah tularnya video tersebut, pihak Rumah Prihatin tidak terlepas untuk memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.
Menurut pihak mereka, perkara ini berlaku berpunca dari salah faham dan berita kononnya Rumah Prihatin tersebut menyediakan perkhidmatan daftar terus (Walk-in) vaksin untuk warga asing.
Sedangkan pengambilan vaksin secara walk-in untuk warga asing adalah di PPV Bukit Jalil sahaja.

Pihak mereka turut memohon maaf dan kesal dengan apa yang terjadi. Malah, mereka juga akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.