Now Reading
‘Pendakwah’ Sebar Unsur Kebencian Terhadap Orang Bukan Islam Undang Kemarahan Rakyat Malaysia

‘Pendakwah’ Sebar Unsur Kebencian Terhadap Orang Bukan Islam Undang Kemarahan Rakyat Malaysia

Individu bukan beragama Islam di Malaysia dah penat jadi ‘target’ ucapan berunsur kebencian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ribuan laporan polis dibuat terhadap seorang pendakwah tempatan iaitu Syakir Nasoha selepas salah satu video khutbahnya disiarkan secara atas talian.

Klip video tersebut yang tular di media sosial menunjukkan penceramah itu memberi amaran kepada umat Islam di Malaysia terhadap rancangan untuk menghancurkan agama mereka.

Akhir zaman nanti, musuh-musuh Islam akan mengerumuni kamu sebagaimana seperti mana orang mengelilingi talam, berebut nak makan. Begitu juga orang kafir berebut nak bunuh orang Islam. Memang kepala besar adalah Yahudi dan Nasrani tetapi cuba ingat siapa yang bom masjid-masjid? Adakah orang Amerika atau Israel?

Syakir Nasoha melalui Youtube.

Ustaz berkenaan mendakwa pembunuhan umat Islam di India dan Pakistan melibatkan individu beragama Buddha dan Hindu, iaitu dua agama yang ada di Malaysia.

Kata pendakwah itu dalam video tersebut, langsung tidak mempedulikan keadaan politik yang berbeza dan keganasan berabad antara Muslim sesama Muslim di serata dunia.

Takkan kita tak nampak lagi? Itu menunjukkan mereka semua nak terkam kita. Semua kafir nak makan umat Islam untuk hancurkan Islam. Sebab itu mereka tidak berapa suka Islam dan akan marah sangat bila sebut Islam.

Syakir Nasoha melalui Youtube.

Berikutan tular video tuduhan terhadap orang bukan Islam yang dibuat oleh Ustaz berkenaan, orang awam ingin tindakan segera diambil terhadap lelaki tersebut.

Kredit: Twitter Marina Ibrahim
Kredit: Twitter George Gerald

We’re fed up

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) iaitu S. Shashi Kumar berkata orang bukan Islam di Malaysia sudah muak kerana selalu menjadi sasaran ucapan berunsur kebencian.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar penggubal dasar (policymakers) segera memperkenalkan undang-undang yang melarang kebencian agama dan perkauman di negara ini.

Bukan itu sahaja, beliau juga berharap Menteri Perpaduan Nasional Datuk Halimah Mohamed Sadique untuk segera meletakkan jawatan selepas tidak melaksanakan tugas dengan baik.

Apabila seseorang menghina orang Islam atau agama Islam, tindakan segera terus diambil dan individu tersebut dikenakan tindakan. Namun, ianya tidak dilakukan sekiranya sebaliknya yang berlaku. Kami melihat kes-kes terhadap pendakwah Islam dibatalkan, walaupun terdapat bukti yang kukuh.

Presiden GHRF S. Shashi Kumar melalui The Vibes.

Aktivis hak asasi manusia berpendapat bahawa punca ketidakharmonian antara kaum dan agama di Malaysia adalah berpunca daripada orang atasan dalam masyarakat.

Punca utama masalah ini datang daripada golongan kerajaan sendiri. Ahli Parlimen sering memanggil masyarakat penumpang dan pendatang. Jenis apakah ini? Sepatutnya layan semua orang sebagai rakyat Malaysia dengan hormat.

Presiden GHRF S. Shashi Kumar melalui The Vibes.

Pihak polis dilaporkan mula meneliti perkara tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd