Now Reading
Apa Perlu Buat Selepas Berjaya Dapat Tawaran Interview Di LinkedIn? Ikuti 6 Tips Ini

Apa Perlu Buat Selepas Berjaya Dapat Tawaran Interview Di LinkedIn? Ikuti 6 Tips Ini

Jika anda mendapat tawaran sesi temu duga di LinkedIn, anda perlu ‘follow up’ bersama majikan tentang proses seterusnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sudah melangkah keluar dari alam universiti, pasti anda akan mula mencari pekerjaan. Ada mencari jenis pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari, namun ada juga sebaliknya. Mungkin ingin mencuba benda baru?

Bagaimanapun, mendapatkan sesi temu duga bersama syarikat yang dimohon bukanlah semudah disangka kerana anda perlu melalui pelbagai proses.

Tetapi apabila sudah mendapat sesi temu duga, ada juga di antara kita yang tidak tahu kaedah betul untuk ‘approach’ bakal majikan masing-masing.


Apa Perlu Buat Lepas Dapat Sesi Temu Duga Di LinkedIn?

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @AzeemSyuk), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Azeem berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang selepas berjaya mendapatkan sesi temu duga melalui aplikasi LinkedIn.

Buat mereka yang sedang berdepan situasi sama, mungkin tips ini berguna untuk anda, take note! Antaranya:

#1. Ucap Terima Kasih

Seperti yang anda tahu, mendapatkan pekerjaan ketika persaingan sedang tinggi di pasaran bukanlah mudah.

Oleh itu adalah penting untuk anda mengucapkan terima kasih sebagai satu bentuk penghargaan kepada majikan atau perekrut (recruiter) kerana telah memberikan peluang bagi menghadiri sesi perjumpaan dan temu duga.

Ini juga akan menunjukkan bahawa anda miliki sikap yang positif dan layak dengan jawatan ditawarkan.

Sumber: Pexels
#2. Tunjukkan Minat Kepada Syarikat

Selepas itu, jangan berdiam diri dan hanya menunggu balasan daripada pihak syarikat. Perkara yang anda boleh lakukan adalah menunjukkan minat terhadap jawatan dipohon.

Tidak tahu caranya? Usah risau, untuk langkah awal anda boleh mula dengan menceritakan bagaimana kemahiran dan kebolehan selari dengan jawatan diminta serta keperluan syarikat.

Sumber: Pexels
#3. Minta Info Lebih Tentang Jawatan

Tidak terhenti di situ, anda juga harus mendapatkan lebih info tentang pekerjaan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sekiranya berjaya mendapatkan tempat bagi jawatan tersebut.

Kadangkala dalam sesetengah hantaran pengambilan pekerja (hiring post) yang dikongsi oleh syarikat, terdapat beberapa maklumat tidak jelas. Oleh itu adalah penting untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis jawatan yang bakal disandang sebagai contoh membuat bacaan menerusi laman web rasmi syarikat.

Sumber: Pexels
#4. Bertanya Mengenai Langkah Seterusnya Untuk Proses Temu Duga

Berikutnya, tanyakan juga kepada majikan atau recruiter apakah langkah seterusnya dalam proses temu duga tersebut.

Dalam sesetengah syarikat, ada juga calon harus melalui temu duga sebanyak tiga kali atau bagi melayakkan diri bagi sesuatu jawatan dipohon.

Sumber: Pexels
#5. Tunjukkan Bahawa Anda Mudah Untuk Berbincang

Dalam satu sesi temu duga, pihak majikan sudah tentu akan bertanya pelbagai soalan kepada anda. Bukan itu sahaja, menerusi sesi itulah banyak perundingan akan berlaku termasuklah dari aspek tanggungjawab, masa bekerja, gaji dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perkara yang ditawarkan, adalah penting untuk berbincang secara terperinci terlebih dahulu. Dengan kaedah ini, majikan akan mengenali anda sebagai seseorang yang mudah untuk dibawa berunding.

Sumber: Pexels
#6. Akhiri Perbualan Dengan Kata-kata Positif

Anda boleh mengulangi langkah pertama iaitu mengucapkan terima kasih selepas selesai berbual dengan majikan tentang temu duga yang akan dihadiri.

Selain menunjukkan aura positif, pihak syarikat juga akan berfikir bahawa anda seorang yang mempunyai adab serta bersopan santun.

Sumber: Pexels

Lelaki Ini Kongsi Tips Dapat Banyak Interview Pekerjaan Baru

Seorang pekerja dalam bidang pemasaran (Regional Marketer) menerusi ciapan di X (Twitter @navenpillai) telah berkongsi beberapa tips berguna buat mereka yang sedang mencari pekerjaan baru pada masa kini.

Menurutnya, orang ramai yang sedang mencari pekerjaan baru perlulah menggunakan teknik betul untuk mengelakkan diri daripada persaingan yang tinggi.

Jelas Naven, golongan yang mencari kerja perlulah berhenti menggunakan aplikasi terkenal yang sering digunakan orang ramai seperti Jobstreet dan Indeed.

Sumber: Unsplash/Pexels

Sebaliknya, mereka harus mencari kekosongan jawatan menerusi web kerjaya yang dimuat naik oleh syarikat pilihan.

Kemudian, sertakan sekali CV (Curriculum Vitae) yang ditulis secara lengkap dan baik kepada mereka menerusi butiran ‘contact’ dipaparkan.

Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat


Resume Berformatkan Video

Kalau mahu kelihatan menonjol daripada calon yang lain anda juga boleh cuba menghasilkan resume berformatkan video seperti dilakukan oleh seorang wanita berasal dari Madrid, Spain, dikenali sebagai Martha Puerto sebelum ini.

“FREE TRIAL ENDED, BOOK AN INTERVIEW,” adalah Unique Selling Point (USP) paling hebat pernah dilakukan oleh seseorang yang ingin mencari kerja.

Foto: Martha Puerto

Mana tahu dengan cara itu majikan akan lebih mudah untuk ‘notice’ kebolehan dan bakat anda?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Resume Paling ‘Rare’ & ‘Extraordinary’ Pernah Kami Jumpa (NGL)

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd