Now Reading
[Video] Ini Resume Paling ‘Rare’ & ‘Extraordinary’ Pernah Kami Jumpa (NGL)

[Video] Ini Resume Paling ‘Rare’ & ‘Extraordinary’ Pernah Kami Jumpa (NGL)

“Probably, the most interesting resume you’ve ever seen. Or watched,” kata seorang pengguna LinkedIn menerusi video resume oleh Marta Puerto.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, jika seseorang itu ingin mencari kerja, benda utama dan paling penting adalah CV ataupun resume. Betul tak? Kalau tak ada antara dua dokumen ini, sila buat terlebih dahulu dan print siap-siap sebelum pergi interview.

Kalau penemu duga minta salinan hard copy, boleh terus bagi.

Barulah boleh cakap, “I came prepared”.

Gambar sekadar hiasan.

Nak tahu cara buat resume dengan kemas dan teratur? Tengok sini.


Resume Paling ‘Rare’ & ‘Extraordinary’ Pernah Kami Jumpa

Baru-baru ini, menerusi aplikasi LinkedIn, satu video berformatkan resume telah tular dan dikongsikan oleh ramai orang di aplikasi tersebut. Rata-rata mereka yang kongsi video berkenaan turut memberikan kata-kata pujian bahawa pemilik video mempunyai kreativiti pada tahap maksima sehingga dapat mencipta resume sebegitu rupa.

Mesti anda tak terfikir, apa yang dibuat oleh wanita berasal dari Madrid, Spain, yang dikenali sebagai Martha Puerto ini.

“Probably, the most interesting resume you’ve ever seen. Or watched,” kata seorang pengguna LinkedIn, Nikhil Narayan.

Sumber: Nikhil Narayan/LinkedIn.

Unique Selling Point (USP) untuk resume Martha ini adalah dia telah mencipta resume dalam bentuk video dengan format yang begitu bijak.

“FREE TRIAL ENDED, BOOK AN INTERVIEW,” adalah USP paling hebat pernah dilakukan oleh seseorang yang ingin mencari kerja, seperti Marta Puerto.

Marta Puerto.

Sebab itulah dalam setiap resume, anda disarankan untuk tidak menulis panjang lebar tentang pekerjaan anda sebelum ini, dan kesemua contributions yang pernah anda lakukan. Dan apabila dipilih dan dipanggil untuk interview, masa itulah waktu terbaik untuk anda ‘jual diri’ (in a good way, please).

Cakap dan beritahu sahaja apa jua perkara yang anda rasa boleh memberikan anda ‘value’ di syarikat berkenaan.


“Marta tak perlu cari kerja dah, kerja yang akan cari dia” – Komen pengguna LinkedIn

Kreativiti Marta sememangnya dilihat membuahkan hasil apabila video resume miliknya itu meraih perhatian ramai.

Sejak dimuat naik pada enam (6) hari lalu, video tersebut menerima hampir 5,000 reposts, 6,556 komen, dan 127,346 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Untuk info, Marta kini memiliki 28,950 pengikut di LinkedIn.

Syabas, Marta.


Siapa Sebenarnya Marta Puerto Ini?

Marta Puerto berasal dari Madrid, Spain, adalah seorang individu bergiat aktif dalam pengiklanan kreatif dan berkolaborasi dengan pengalaman lebih 6 tahun dalam industri B2C dan B2B. Dia juga adalah seorang team player proaktif dan memiliki sikap fokus untuk menyelesaikan tugas.

Marta Puerto.

Keupayaan Marta terbukti untuk bekerja secara bebas dalam persekitaran pelbagai budaya dan pantas. Marta turut mempunyai pengalaman berkerja secara cross-functionally dengan pelbagai pasukan, termasuk produk, jualan, dan pemasaran.

Marta juga boleh berkomunikasi dalam enam (6) bahasa iaitu SPA, CAT (Castilian), ENG, FRA, ITA, POR. Bukan itu sahaja, dia juga telah mencipta pengalaman bekerja dalam industri Fintech, Kajian Pasaran, Permainan Video, Agensi Pemerkasaan Jenama. Marta turut memaklumkan bahawa dia telahpun menetap di tiga (3) buah negara iaitu Sepanyol, Kanada, dan Belgium.

[Marta Puerto]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd