Now Reading
Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat

Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat

Menurut Naven, aplikasi mencari pekerjaan yang sering digunakan orang ramai seperti LinkedIn dan Jobstreet mempunyai jumlah saingan tinggi hingga menyebabkan anda susah mendapatkan sesi temu duga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada ketika ini, segelintir ramai rakyat Malaysia khususnya ‘fresh graduates’ sering mengadu di platform media sosial apabila mereka sukar mendapatkan pekerjaan.

Bukan itu sahaja, para graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan juga dilihat sukar menempatkan diri dalam syarikat diingini atas beberapa faktor seperti kelayakan tidak memenuhi syarat dan persaingan yang tinggi.

Meskipun ramai yang menggunakan aplikasi-aplikasi tersedia untuk mencari pekerjaan iaitu LinkedIn, MauKerja, Indeed, Jobstreet dan sebagainya ia masih belum membuahkan hasil buat sesetengah pihak.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!


Lelaki Ini Kongsi Tips Dapat Banyak Interview Pekerjaan Baru

Baru-baru ini seorang pekerja dalam bidang pemasaran (Regional Marketer) menerusi ciapan di X (Twitter @navenpillai) telah berkongsi beberapa tips berguna buat mereka yang sedang mencari pekerjaan baru pada masa kini.

Menurutnya, orang ramai yang sedang mencari pekerjaan baru perlulah menggunakan teknik betul untuk mengelakkan diri daripada persaingan yang tinggi.

Jelas Naven, golongan yang mencari kerja perlulah berhenti menggunakan aplikasi terkenal yang sering digunakan orang ramai seperti Jobstreet dan LinkedIn.

Hal ini kerana, aplikasi tersebut dikatakan mempunyai jumlah pengguna tinggi di mana ribuan ‘job hunters’ menggunakan cara yang sama bagi mencari pekerjaan baru.

Sekiranya mahu kelihatan menonjol daripada calon pekerja yang lain, anda harus cuba cari kekosongan jawatan menerusi web kerjaya yang dimuat naik oleh syarikat pilihan.

Kemudian, sertakan sekali CV (Curriculum Vitae) yang ditulis secara lengkap dan baik kepada mereka menerusi butiran ‘contact’ yang dipaparkan.

“Trust me you’ll be having a lot of interview invitation coming your way,” ujar Naven.

Sumber: Unsplash/Pexels

Naven Dedah Guna Tips Yang Sama Ketika Cari Kerja Baru

Tambah Naven, tips yang sama telah diterapkan olehnya semasa ‘job hunting’ sebelum ini. Lelaki itu berkata, pihak pengendali aplikasi cari pekerjaan berkemungkinan tidak akan melihat resume atau CV dihantar oleh anda sekiranya calon berlatar belakangkan bidang dan pengalaman yang sama.

“There is a huge difference when you’re applying directly to the company and via job sites,” ujarnya.


Netizen Setuju Dengan Tips Diberikan Oleh Naven

Menjengah ke ruangan balas, beberapa pengguna laman X berkata tips yang dikongsikan oleh Naven itu sememangnya berkesan.

“Betul saya dah buat awal bulan lepas. Saya buka website company dan cari bahagian career. E-mel resume dan cover letter. Minggu ni dapat interview, doakan saya berjaya ya,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Sementara itu, ada juga yang dilihat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Naven kerana sudi berkongsi cara untuk membantu golongan masyarakat yang sedang bergelut mencari pekerjaan.

“Stumbled upon your tweet at the right time! Thank you for your effort in creating the website and harvesting your ideas for us in need for a job!” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Tips Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Interview Kerja

Kadangkala, ada juga kes apabila seseorang calon dihubungi pada minit terakhir sebelum temu duga pengambilan kerja dijalankan.

Jika berada dalam situasi tersebut, pasti anda akan berasa cuak kerana risau tidak dapat melakukan sesi interview dengan baik. Tetapi usah risau, di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian. Antaranya:

  • Cari maklumat tentang alamat, visi, dan misi di laman web syarikat.
  • Layari media sosial syarikat untuk lihat aktiviti yang sering dijalankan pihak majikan.
  • Fokus terhadap kata kunci untuk jawatan yang dimohon.
  • Buat senarai soalan untuk ditanya kepada syarikat.
Gambar sekadar hiasan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd