Now Reading
Ini Panduan Qada’ Solat Fardu Yang Pernah Ditinggalkan

Ini Panduan Qada’ Solat Fardu Yang Pernah Ditinggalkan

Salah satu cara untuk menggantikan solat adalah dengan melakukannya setiap kali selesai melaksanakan solat fardu.

cara qada solat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai umat Islam, kita telah diwajibkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan solat fardu lima waktu dalam sehari selepas seseorang itu mencapai tempoh akil baligh.

Dalam Islam juga telah mengajar umatnya bahawa ibadah solat itu adalah tiang agama. Mereka yang tidak meninggalkan solat fardu diibaratkan telah berusaha untuk menegakkan agama dan sebaliknya pula bagi mereka yang sengaja meninggalkannya.

Allah SWT menerusi Surah Hud ayat ke-114 juga telah menyebut tentang ibadah solat iaitu:

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًۭا مِّنَ ٱلَّيْلِ ۚ إِنَّ ٱلْحَسَنَـٰتِ يُذْهِبْنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ

Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Terdapat beberapa ayat al-Quran yang lain yang telah disebut oleh Allah SWT tentang kewajipan melakukan solat. Antaranya:

  • Surat Al Isra ayat ke-78
  • Surat An Nisa ayat ke-103
  • Surat Ar Rum ayat 17 dan 18
  • Surat Al Baqarah ayat ke-110
  • Surat Al Baqarah ayat ke-43
  • Surat Al Baqarah ayat ke-45

Tidak dinafikan kadang kala manusia terleka dengan perkara duniawi sehingga lalai dalam melaksanakan solat fardu lima waktu lengkap dalam sehari.


Wajib Ke Qada’ Solat Yang Pernah Ditinggalkan?

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman X (Twitter @Muzuzxck), individu berkenaan telah menjelaskan beberapa perkara melibatkan qada’ solat sekiranya seseorang itu mahu menggantikan semula sembahyang yang pernah ditinggalkan sebelum ini.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Mungkin ada dalam kalangan anda yang terfikir, wajib ke untuk ganti semula solat yang sengaja ditinggalkan selama bertahun-tahun?

Perkara ini mempunyai khilaf dalam kalangan ulama’ kerana ada golongan yang berkata solat tersebut wajib digantikan, tetapi ada juga ulama’ yang berkata tidak wajib qada’.

Namun majoriti pandangan ulama’ termasuklah pendapat dari Imam Shafie, Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan solat tersebut wajib diganti semula.


Cara Untuk Qada’ Solat

Pengguna laman X ini turut berkongsi tiga cara yang boleh dilakukan untuk menggantikan semula solat fardu. Antaranya:

#1. Ganti secara ‘set harian’
cara qada solat
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Dalam sehari, anda menggantikan ‘sehari lagi’ solat yang pernah ditinggalkan. Ulang sehingga selesai hutang solat anda dengan Allah SWT.

Sebagai contoh, anda melakukan lima waktu solat sekaligus dalam tempoh yang sama.

#2. Ganti secara ‘dwi-waktu’
cara qada solat
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Kaedah ini dilakukan dengan cara anda melakukan solat untuk waktu yang sama selepas selesai melaksanakan sembahyang pada ketika itu.

Sebagai contoh, anda melakukan qada solat Subuh selepas selesai melaksanakan fardu Subuh ketika itu.

#3. Ganti secara ‘gandaan’
cara qada solat
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Anda menggandakan waktu yang sama sehingga selesai hutang solat itu. Lakukan perkara yang sama juga untuk waktu solat yang lain.

Sebagai contoh, anda melakukan lima kali solat qada’ fardu Subuh dalam waktu yang sama.


Boleh Ke Ganti Solat Bukan Pada Waktunya?

Jawapannya, boleh.

Jika anda meninggalkan waktu solat fardu Zohor dan mahu menggantinya semula selepas solat Maghrib, ia dibolehkan. Namun, seeloknya gantian solat itu dilakukan secepat mungkin.

Tetapi boleh ke kalau ganti solat selepas Subuh dan Asar? Persoalan ini mungkin membuatkan ramai yang tertanya-tanya kerana ada yang mendakwa haram melakukan solat selepas dua waktu tersebut.

Jawapannya, tidak haram kerana solat yang diharamkan selepas subuh dan asar adalah sebahagian solat sunat seperti solat sunat Ihram, sunat safar, sunat istikharah, sunat hajat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, waktu yang haram untuk menggantikan solat adalah ketika khutbah Solat Jumaat sedang berlangsung. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah).


Sekiranya anda pernah meninggalkan solat sebelum ini, berusahalah untuk menggantikannya semula dengan apa jua cara sekalipun.

Sikit-sikit dulu pun tak apa, yang penting istiqamah. Allah SWT pasti akan lihat usaha hamba-Nya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Kekal Istiqamah Solat 5 Waktu, Mulakan Dengan Fardu Subuh Dulu

Baca Artikel Berkaitan: Teguran Si Isteri Berjaya Buat Lelaki Ini Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Selama 2 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd