Now Reading
Doktor Dedah Bayi Berisiko Terkena Masalah Sendi Jika Salah Bedung, Ini Cara Sebetulnya

Doktor Dedah Bayi Berisiko Terkena Masalah Sendi Jika Salah Bedung, Ini Cara Sebetulnya

Lipatan kain bedung yang salah dan ketat boleh menyebabkan bayi anda menghidap masalah ‘Hip Dysplasia’.

bedung bayi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat pasangan suami isteri yang pertama kali bergelar ibu bapa, pastinya banyak perkara yang harus dipelajari dan salah satunya adalah cara untuk membedung bayi.

Membedung adalah salah satu kaedah tradisional yang masih diamalkan untuk membantu bayi kekal tenang dan dapat tidur dengan lebih nyenyak.

Nak bedung bayi ada caranya dan perlu dilakukan dengan betul bagi mengelakkan si kecil kurang selesa.


Doktor Dedah Risiko Jika Bayi Dibedung Dengan Terlalu Ketat

Menerusi perkongsian seorang doktor di laman X (Twitter @HausofHilton), dia mendedahkan ramai ibu bapa yang membedung bayi mereka dengan ketat kerana mendakwa mahu mengelakkan daripada berjalan kengkang.

Menurutnya, petua itu adalah tidak benar.

Kaedah membedung ini boleh memberi beberapa kebaikan kepada bayi jika dilakukan dengan betul. Antara kebaikannya adalah:

  • Bayi berasa lebih selamat.
  • Dapat mengekalkan suhu badan bayi.
  • Mengelakkan bayi daripada berasa sejuk.
  • Mengurangkan gangguan untuk membantu bayi tidur dengan lebih lena dan lama.
  • Mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) kerana bayi akan berada pada posisi terlentang semasa tidur.

Namun, cara bedung yang salah iaitu dengan terlalu ketat di bahagian pinggul dan kaki kerana ia boleh memberi risiko pada kesihatan bayi.

bedung bayi
Sumber: Twitter

Si kecil boleh menghidap masalah pada bahagian sendi paha serta pinggul dan ia dikenali sebagai ‘Hip Dysplasia‘.

Tanda-tanda Hip Dysplasia ini sukar untuk dikenal pasti dan berkemungkinan memerlukan pembedahan untuk merawatnya.

Doktor ini juga menasihati agar para ibu bapa tidak mengambil ringan sesi temu janji bayi di klinik kerana doktor juga akan melihat keadaan termasuklah pinggul bayi.

bedung bayi
Sumber: Healthwise

Cara Membedung Bayi Dengan Betul

Jom kami kongsikan panduan mudah kepada para ibu bapa untuk membedung bayi mereka dengan cara yang betul.

Sebelum itu, pastikan anda menyediakan kain bedung yang lebar dan besar supaya ianya tidak terlalu ketat apabila badan bayi dibedung.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Bentangkan kain bedung bayi dengan satu sudut menghala ke atas di permukaan rata.
  2. Lipat sudut di bahagian atas ke bawah.
  3. Baringkan bayi dengan bahagian bahunya berada di atas lipatan sudut.
  4. Letakkan lengan kiri bayi ke bawah dan membalut kain bedung di bahagian lengan serta dada dan menyelitnya ke bawah badan sebelah kanan.
  5. Letakkan lengan kanan bayi pula ke bawah sebelum membalutinya kain bedung ke arah kiri.
  6. Pusingkan kain bedung di bahagian bawah dan selit di belakang.
bedung bayi
Sumber: Pa & Ma

Dalam pada itu, doktor ini juga menasihati ibu bapa untuk memilih kerusi bayi atau pengangkut bayi (baby carrier) dengan saiz yang betul

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu ibu bapa di luar sana menjaga bayi mereka dengan lebih baik.

Artikel Berkaitan: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa

Artikel Berkaitan: 7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah

Artikel Berkaitan: 3 Nasihat ‘Mitos’ Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh. #3 Paling Bahaya!

Sumber: Twitter Dr Nimelesh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd