Now Reading
[Foto] Ibu Kecewa, Ada Penjaja Jual Mi Segera Kepada Murid Di Luar Sekolah

[Foto] Ibu Kecewa, Ada Penjaja Jual Mi Segera Kepada Murid Di Luar Sekolah

Seorang ibu dikenali sebagai Ain Rosli berkata dia berasa kecewa melihat si anak membeli mi segera dalam cawan di luar sekolah sewaktu habis persekolahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang pernah bergelar murid, pasti sesetengah daripada anda sudah terbiasa membeli makanan atau snek ringan dijual oleh penjaja setiap kali tamat sesi sekolah.

Antara makanan yang sering dijual adalah seperti keropok, gula-gula, aiskrim Malaysia, roti, coklat, asam dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, mi segera dalam cawan juga menjadi pilihan segelintir anak murid lebih-lebih lagi jika mereka ‘stay back’ di sekolah.


Ibu Kecewa Peniaga Jual Mi Segera Untuk Murid Sekolah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Ain Rosli apabila dia yang juga seorang ibu meluahkan kekecewaan selepas mendapati terdapat peniaga menjual mi segera di pekarangan sekolah rendah.

Jelas Ain, pada awalnya dia menyangka si anak sedang memegang minuman dalam cawan sewaktu dijemput pulang dari sekolah.

Selepas seketika memandu, baru dia menyedari bahawa si kecil sedang menghirup kuah mi segera daripada cawan berkenaan. Ya, bukan minuman tetapi mi segera.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: MalayMail/Facebook Ain Rosli

Ibu Bapa Sukar Pantau Pemakanan Anak

Tambah Ain, tindakan peniaga yang menjual mi segera di hadapan sekolah membuatkan para ibu bapa sukar memantau pengambilan makanan anak.

Ini kerana sesetengah penjaga tegas dalam mengawal pengambilan makanan anak mereka selain mengehadkan pemakanan mi segera.

Saya percaya ibu bapa juga ada yang mengamalkan sistem ‘cheat day’ di rumah. Jika di depan sekolah peniaga menjual (mi segera) secara terbuka, apa gunanya pemantauan ibu bapa di rumah?

Ain Rosli.

“Bukan Nak Tutup Periuk Nasi Peniaga”

Menerusi perkongsian sama, Ain menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi seseorang peniaga tetapi mengharapkan orang ramai lebih cakna tentang jenis pemakanan yang sesuai diambil oleh murid sekolah.

Justeru, si ibu turut berharap agar peniaga memahami keadaan ibu bapa dan mengentikan penjualan mi segera buat anak kecil.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik

Jajan atau makanan ringan masih boleh dipertimbangkan bagi memeriahkan suasana dan memberi kenangan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang keseronokan membeli gula bersama rakan. Bihun goreng, mi goreng dan lain-lain tidak membawa masalah. Asalkan bukan mi segera.

Ain Rosli.

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Peniaga Jual Mi Segera Kepada Murid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Ain selain berasa berang dengan penjaja yang menjual mi segera kepada murid sekolah.

“Memang saya angin (marah) anak beli mi segera dekat depan sekolah. Baik berhenti la niaga (penjaja). Aniaya anak-anak,” jelas seorang wanita.

Malah, ada warganet yang berkata cara untuk mengelak perkara tersebut daripada berlaku adalah dengan menyediakan bekalan makanan buat anak pada setiap hari persekolahan.

“Bagi anak bawa bekal. Tak perlu bawa duit ke sekolah, selamat anak tak beli apa-apa makanan luar,” kata seorang netizen.

Sementara itu ada individu yang berkata bahawa pengambilan mi segera secara kerap merupakan salah satu punca mengapa tumbesaran sesetengah kanak-kanak ketika ini terbantut.

Sumber: Facebook Ain Rosli

Keburukan Makan Mi Segera

Walaupun mi segera adalah satu makanan yang mudah disediakan dan sedap dimakan, namun pengambilan tidak terkawal mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan seseorang.

Sumber: Pexels

Di sini kami kongsikan beberapa keburukan makan mi segera. Antaranya:

  • Kandungan sodium yang tinggi menyebabkan tekanan darah meningkat.
  • Kualiti diet pemakanan menjadi tidak sihat.
  • Berat badan berlebihan.
  • Tahap metabolisma menjadi rendah.
  • Mengganggu proses penghadaman.
  • Melemahkan sistem imunisasi individu.
  • Mendorong kepada penyakit kanser.

Baca Artikel Berkaitan: Macam Mana Cara Masak Mee Segera Dengan Betul?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Bimbang Si Kecil Habiskan Semangkuk Gulai Ayam, Boleh Undang Obesiti


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd