Now Reading
PRN2023: Keliru Nak Undi Siapa? Dr Zulkifli Kongsi Panduan Pilih Calon Sebelum Pangkah

PRN2023: Keliru Nak Undi Siapa? Dr Zulkifli Kongsi Panduan Pilih Calon Sebelum Pangkah

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati pengundi di Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) untuk memilih calon yang kurang memberi mudarat kepada agama serta rakyat.

Panduan Memilih Calon PRN2023 dr zulkifli

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Esok, 12 Ogos 2023 merupakan tarikh bersejarah buat enam negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang kerana penduduk negeri berkenaan akan menjalani proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023).

Selama tempoh dua minggu berkempen, calon yang bertanding telah membentangkan manifesto mereka untuk menarik undian penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan: “5 Tekad 5 Tahun” – PH & BN Umum 52 Tawaran Manifesto Untuk Rakyat Selangor

Disebabkan ramai calon yang bertanding, mungkin ada di antara anda yang agak keliru dan masih belum membuat keputusan untuk memangkah nama pilihan di kertas undi.


Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Kongsi Panduan Untuk Pilih Calon PRN2023 Yang Sesuai

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau telah mewujudkan satu siri bernama ‘Ramai Yang Tanya…Datuk Seri Undi Siapa?’.

Dalam siri tersebut, beliau berkongsi beberapa panduan kepada masyarakat untuk memilih calon PRN2023 yang sesuai berdasarkan ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran.

Antaranya:

#1. Panduan Memilih Calon PRN2023: Mempunyai Sifat Sabar Dan Berprinsip

Sumber: MalayMail

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ اَىِٕمَّةً يَّهْدُوْنَ بِاَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوْاۗ وَكَانُوْا بِاٰيٰتِنَا يُوْقِنُوْنَ

Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Surah al-Sajdah ayat 24)

#2. Panduan Memilih Calon PRN2023: Kompeten, Memahami Skop Tugasan Dan Berintegriti

Sumber: MalayMail

Dr. Zulkifli tidak menafikan setiap parti politik mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Oleh demikian, beliau menasihati agar masyarakat memilih calon daripada parti yang mampu membentuk koalisi yang baik serta paling kurang membawa kemudaratan.

Hal ini ditafsirkan berdasarkan ayat ke-26 Surah al-Qasas:

قَالَتْ إِحْدَىٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسْتَـْٔجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ

Maksudnya: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: ‘Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja. Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kompeten, lagi berintegriti.


Dalam satu lagi ayat al-Quran daripada Surah Yusuf ayat ke-55 turut menceritakan panduan untuk memilih seseorang sebagai pemimpin.

قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌۭ

Maksudnya: Yusuf berkata: ‘Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir), sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan, lagi mengetahui cara mentadbirkannya’.

#3. Panduan Memilih Calon PRN2023: Mampu Menjaga Agama Dan Prihatin Kepada Rakyat Bawahan

Sumber: MalayMail

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ

Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj ayat 41)

#4. Panduan Memilih Calon PRN2023: Tidak Dikenali Sebagai Penipu

Sumber: MalayMail

مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Ma’qil bin Yasar al-Muzani RA berkata, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan syurga keatasnya’. (Riwayat Muslim)


Boleh Ke Undi Calon Bukan Islam?

Berdasarkan pandangan daripada agamawan, hukum mengundi calon bukan beragama Islam adalah dibolehkan, melainkan mereka mempunyai sifat yang mendatangkan ancaman kepada agama Islam, tidak amanah dan tiada kepakaran dalam menjalankan amanah.

Dr Zulkifli juga menasihati orang ramai untuk memilih calon yang kurang memberi mudarat kepada agama serta rakyat.

Jika anda berdiam diri dan memilih untuk tidak mengundi, mungkin calon yang bermasalah berpotensi untuk naik menjadi pemimpin. Setiap undi amat berharga.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sumber: Buletin TV3

Hukum Sengaja Tidak Keluar Mengundi

Syeikh D Yusuf al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa tentang hukum berdosa bagi mereka yang sengaja tidak mahu keluar mengundi.

Malah, seseorang yang merosakkan undi adalah haram kerana ia termasuk dalam larangan menyembunyikan kesaksian seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 283.

وَإِن كُنتُمْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ وَلَمْ تَجِدُوا۟ كَاتِبًۭا فَرِهَـٰنٌۭ مَّقْبُوضَةٌۭ ۖ فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُم بَعْضًۭا فَلْيُؤَدِّ ٱلَّذِى ٱؤْتُمِنَ أَمَـٰنَتَهُۥ وَلْيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُۥ ۗ وَلَا تَكْتُمُوا۟ ٱلشَّهَـٰدَةَ ۚ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٌۭ قَلْبُهُۥ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌۭ

Maksudnya: Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


Kepada penduduk tempatan di enam buah negeri terlibat dalam PRN2023, jalankan tanggungjawab anda untuk keluar mengundi kerana satu undi daripada anda amatlah berharga dan boleh menjadi penentu kepada masa depan negeri.

Sumber: Twitter Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd