Now Reading
Kenali 4 Petanda Cendawan Beracun Yang Tak Boleh Dimakan, Berisiko Untuk Maut!

Kenali 4 Petanda Cendawan Beracun Yang Tak Boleh Dimakan, Berisiko Untuk Maut!

Antara tanda-tanda cendawan beracun adalah mempunyai insang berwarna putih dan bukannya merah jambu.

Kenali 4 Petanda Cendawan Beracun Yang Tak Boleh Dimakan, Berisiko Untuk Maut!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terdahulu, tular satu kejadian di mana seorang suri rumah yang memasak lauk tengah hari untuk keluarganya berasaskan tumbuhan cendawan.

Namun tidak disangka, cendawan yang dijumpai dan dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah rupa-rupanya adalah cendawan beracun.

Sebelum memasak cendawan tersebut, wanita berkenaan sempat membuat video dan agak ragu-ragu dengan keadaan tumbuhan itu kerana bahagian bawahnya berwarna hijau pucat.

Namun beberapa minit selepas suaminya memakan hidangan itu, wanita tersebut mula cemas apabila pasangannya tiba-tiba sakit dan lemah longlai sekaligus menyedari bahawa cendawan yang dimasak adalah beracun.

BACA JUGA: Longlai Hingga Terpaksa Hubungi 999, Wanita Kongsi Pengalaman Suami Termakan Cendawan Beracun [Video]


Kenali Tanda-tanda Cendawan Beracun Yang Perlu Dielakkan

Secara ringkasnya, sayur cendawan yang kaya dengan khasiat vitamin D serta antioksidan merupakan salah satu hidangan yang sering dijadikan hidangan sama ada ia digoreng, dimasak sup atau sebagainya.

Namun, bukan semua cendawan yang boleh dimakan kerana ada sesetengah tumbuhan ini yang beracun dan berisiko untuk membawa maut jika dimakan.

Bagi mengelakkan daripada anda termakan cendawan beracun, jom kami kongsikan beberapa petanda untuk anda mengenalinya.

Antaranya:

1. Tanda Cendawan Beracun: Berbentuk Topi Berwarna Merah Terang

Sumber: Quora

Cendawan yang mempunyai bentuk seakan-akan topi berwarna merah adalah salah satu petanda bahawa ia adalah tumbuhan beracun yang boleh memberikan kesan halusinasi kepada individu yang memakannya.

2. Tanda Cendawan Beracun: Mempunyai Selaput Putih Pada Pangkal Batang Di Dalam Tanah

Sumber: King 5 News

Salah satu cara untuk mengenal pasti cendawan itu beracun atau tidak adalah dengan menggali sedikit hingga ke pangkal cendawan dalam tanah. Cendawan beracun mempunyai selaput putih dikenali sebagai volva yang boleh membawa risiko maut.

3. Tanda Cendawan Beracun: Mempunyai Insang Berwarna Putih

Sumber: Public Health Malaysia

Bagi cendawan yang boleh dimakan, kebiasaannya mempunyai insang berwarna merah jambu. Namun bagi cendawan beracun, insangnya akan berwarna putih.

4. Tanda Cendawan Beracun: Mempunyai Cincin Pada Batang Cendawan

Sumber: Remaja

Ada sesetengah cendawan mempunyai cincin atau nama saintifiknya ‘annulus‘ pada bahagian batang. Ia bagi melindungi insang sebelum cendawan menjadi matang. Namun cendawan yang bercincin seperti ini adalah beracun dan tidak sesuai untuk dimakan.


Apa Akan Jadi Kalau Anda Termakan Cendawan Beracun?

Toksin atau racun pada cendawan liar boleh menyebabkan beberapa kesan pada tubuh badan manusia sekiranya dimakan seperti:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kecelaruan fikiran
  • Halusinasi
  • Sawan
  • Gangguan koordinasi otot
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Kegagalan buah pinggang
  • Maut

Sekiranya anda termakan cendawan beracun, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.

BACA JUGA: KKM Sahkan Bahan Beracun Dalam Kopi Panggung Al Ambiak Boleh Hentikan Jantung

BACA JUGA: KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd