Now Reading
Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong. Sesuai Untuk Golongan ‘First Timer’

Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong. Sesuai Untuk Golongan ‘First Timer’

Antara tips penting sebelum membina rumah di atas tanah kosong adalah mengupah peguam dan juga arkitek berkredibiliti.

Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong. Sesuai Untuk Golongan 'First Time' (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Memiliki kediaman peribadi adalah impian setiap orang. Dapat pula rumah dengan hiasan dalaman yang cukup cantik bak istana atau hotel, memang menjadi idaman ramai.

Sebelum membuat renovasi rumah, mesti ramai yang akan mencari inspirasi dari mana-mana gambar terlebih dahulu kan?

Antara kediaman yang menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai adalah rumah milik anak kepada pengasas empayar Sendayu Tinggi iaitu Noor Hayati Kamarzaman.

Juga dikenali sebagi Yatie, wanita ini dikenali dengan ruangan rumah yang cukup elegan dan mempesonakan.


Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong

Baru-baru ini, Yatie menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya (@yatie_kmrzmn) berkongsi beberapa tips kepada orang ramai untuk membina rumah atas tanah ‘kosong’.

Antara tips tersebut adalah:

1. Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong: Pastikan Tanah Dibeli Di Kawasan Mempunyai Nilai

Sumber: Instagram @yatie_kmrzmn

Sekiranya anda bercadang untuk membeli tanah sebagai aset, pastikan ia dibeli di kawasan yang mempunyai nilai iaitu berdekatan dengan kemudahan dan infrastruktur serta elakkan jenis tanah pertanian.

Ini kerana rumah yang didiami dikategorikan sebagai liabiliti selagi belum menjadi wang tunai.

Sekiranya dinilai semula (revalue) untuk proses ‘refinance’ pada masa akan datang, semua ini diambil kira bagi memastikan tanah berkenaan bernilai atau sebaliknya.

2. Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong: Ambil MLTT Atau MRTT Semasa Memohon Pinjaman

Sumber: iProperty

Insurans Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang (MRTT) dan Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar (MLTT) adalah dua perkara yang berbeza.

Sekiranya berlaku sesuatu kepada pemilik, rumah atau tanah akan secara automatik bertukar menjadi wang tunai. Kalau anda ambil MLTT, kelebihannya anda akan mendapat bayaran semula yang lebih banyak kerana termasuk dengan hibah, simpanan dan coverage dalam insurans.

3. Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong: Minta Salinan Geran Tanah

Sumber: YouTube Aie Rizal Chronicle

Semasa anda membeli tanah, pastikan salinan geran diminta untuk memastikan bukan geran kongsi dan tiada sekatan serta bagi mengelakkan masalah tidak boleh berpindah milik.

4. Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong: Upah Arkitek

Sumber: Freepik

Kalau nak membina rumah di atas tanah kosong, lebih baik upah arkitek kerana mereka akan membuat ‘drawing’ dan menguruskan dokumen melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendapatkan semua kelulusan.

Jadi apabila anda mahu menjual rumah atau ‘refinance’, kesemuanya mempunyai nilai dan akan membolehkan pihak bank menilai semula aset selayaknya.

5. Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong: Upah Peguam

Sumber: Freepik

Sebaik-baiknya anda juga mengupah peguam dari proses awal membeli tanah sehingga rumah siap terbina supaya kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual. Persetujuan antara pelanggan dengan arkitek dan kontraktor tidak sama ya.

6. Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong: Pengurusan Pembayaran Semula Pinjaman

Sumber: Property Malaysia

Sekiranya mahu jimat membayar kadar faedah dan pinjaman, anda perlu melunaskan hutang sepenuhnya secara tunai selepas beberapa tahun. Tetapi pastikan anda bertanya kepada pihak bank terlebih dahulu. Kalau tidak, anda berisiko untuk dikenakan bayaran ‘penalties’.


Perbezaan Insurans MRTT Dan MLTT

MRTT dan MLTT adalah dua produk takaful gadai janji yang harus dipilih oleh setiap pembeli rumah. Mana lagi bagus sebenarnya? MRTT atau MLTT?

Katakanlah situasinya adalah selepas tujuh tahun anda membuat pembayaran balik pinjaman rumah dan kini berbaki lagi RM160,000, tiba-tiba tuan rumah meninggal dunia. Apa yang berlaku?

Jika ambil MRTT: Pihak bank akan membayar lebihan baki pinjaman rumah sepenuhnya sebanyak RM160,000.

Jika ambil MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 dan dalam masa yang sama duit tersebut boleh digunakan untuk melunaskan hutang pinjaman rumah sebanyak RM160,000. Lebihan RM137,000 adalah hibah kepada waris.

Apa yang dapat disimpulkan adalah peminjam pembiayaan rumah yang mengambil MLTT dilihat lebih memberi keuntungan kepada diri sendiri kerana mendapat beberapa keuntungan seperti berikut:

  • Perlindungan rumah
  • Hibah
  • Simpanan duit

BACA JUGA: Perbezaan Insurans MRTT & MLTT Yang Setiap Bakal Pembeli Rumah Perlu Tahu. Take Note!

BACA JUGA: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat

BACA JUGA: Ini 5 Panduan Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd