Now Reading
Ini 5 Panduan Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai

Ini 5 Panduan Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai

Antara langkah awal yang boleh diambil adalah dengan membuat semakan latar belakang pemaju melalui laman web rasmi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Membeli rumah merupakan satu keputusan besar yang dibuat dalam kehidupan seseorang. Ini kerana pembelian ini bakal melibatkan perbelanjaan yang amat besar ditambah dengan harga rumah yang semakin meningkat.

Untuk mengelakkan daripada anda tertipu dan mengalami kerugian, berikut kami kongsikan lima tips sebagai panduan untuk anda dalam membeli rumah.

BACA JUGA: “Boleh Ke Beli Rumah Waktu Gawat Ni?” – Lelaki Ini Kongsi Ilmu Tentang Pembelian Rumah

BACA JUGA: Pinjaman Rumah Tanpa Kerja Tetap & Slip Gaji. Bagus Atau Tidak?

Sumber: iProperty

#1. Beli Rumah Yang Hampir Siap

Lazimnya, harga rumah adalah berbeza mengikut tempoh dan proses pembinaan kediaman tersebut. Harga rumah yang ditawarkan kebiasaannya jauh lebih murah sekiranya anda menjadi pembeli yang terawal.

Semakin awal anda buat pembelian sesuatu projek, semakin murah harga yang perlu dibayar. Namun, risiko yang diambil adalah tinggi kerana anda belum dapat melihat proses dan kemajuan projek tersebut.

Oleh itu, bagi mengelakkan anda dari menjadi mangsa projek perumahan yang terbengkalai, anda disarankan untuk membeli rumah yang hampir siap dibina.

 Walaupun harga yang perlu dibayar agak mahal, namun setidak-tidaknya ia boleh meyakinkan dan mengelakkan anda daripada menjadi mangsa.

Namun, sekiranya anda tidak mampu untuk membeli rumah yang hampir siap, pilihan lain yang ada adalah dengan membeli rumah terpakai (sub-sale).

#2. Buat Semakan Latar Belakang Pemaju

Ini antara langkah awal yang anda boleh gunakan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. Semak latar belakang pemaju terutamanya dari segi lesen melalui laman web rasmi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menerusi laman web ini juga, anda boleh membuat semakan senarai pemaju yang telah disenarai hitam melalui portal rasmi Jabatan Perumahan Negara, KPKT.

Dengan langkah ini, ia boleh membantu anda dalam membuat pembelian melalui rekod yang disimpan oleh pihak kerajaan berkaitan status pemaju projek perumahan berkenaan.

#3. Buat Semakan Berkenaan Status Tanah Di Projek Kediaman

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan status tanah yang akan digunakan bagi tujuan projek pembinaan rumah, anda disarankan untuk membuat semakan berkenaan status tanah tersebut.

Ia penting agar anda boleh mengetahui beberapa maklumat penting seperti pemilik tanah sebenar, jenis hak milik, status hak milik tersebut dan juga pemilik tanah semasa yang berdaftar.

Status ini penting agar projek perumahan itu dapat dilaksana dan disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan tanpa ada gangguan dari pihak lain pada masa hadapan.

#4. Lawat Lokasi Fizikal Projek Pembinaan

Kebiasaannya, lokasi bilik pameran perumahan terletak jauh daripada tapak sebenar sesebuah projek kediaman.

Anda disarankan untuk melawat tapak projek yang sebenar sekerap yang mungkin agar anda boleh melihat kemajuan pembinaan kediaman impian anda.

Langkah ini juga boleh membuktikan kepada anda sama ada pemaju yang dipilih melaksanakan projek mengikut masa yang ditetapkan atau tidak.

#5 Semak Dokumen Undang-Undang Dengan Teliti

Semasa membuat pembelian rumah idaman anda, terdapat satu dokumen undang-undang yang perlu anda tandatangan dikenali sebagai perjanjian jual beli (S&P).

Anda dinasihatkan untuk membaca kandungan dokumen ini dengan teliti kerana ia mengandungi perincian berkaitan proses jual beli kediaman di antara pembeli dan penjual.

Langkah yang selamat adalah dengan melantik peguam sendiri yang dapat melindungi kepentingan anda. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan peguam yang sama mewakili pihak pemaju.

Kesimpulannya, cuba ambil lima langkah ini sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sebuah kediaman.

Ia penting kerana tindakan yang anda ambil ini boleh membantu mengelakkan anda daripada menjadi mangsa sebuah projek perumahan yang terbengkalai pada masa hadapan.

Jika tidak, anda yang rugi nanti!

BACA JUGA: Perbezaan Insurans MRTT & MLTT Yang Setiap Bakal Pembeli Rumah Perlu Tahu. Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd