Now Reading
“Boleh Ke Beli Rumah Waktu Gawat Ni?” – Lelaki Ini Kongsi Ilmu Tentang Pembelian Rumah

“Boleh Ke Beli Rumah Waktu Gawat Ni?” – Lelaki Ini Kongsi Ilmu Tentang Pembelian Rumah

Salah satu ilmu yang diberikan adalah, “Jika kerja belum stabil dan gaji masih kecil. Tak salah menyewa, biar lambat asal selamat. Jangan terburu beli dan terlelong nanti.”

beli rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Memiliki sebuah rumah adalah impian buat setiap individu.

Tetapi dengan kenaikan harga hartanah dan tempoh pembayaran balik pinjaman yang panjang sehingga menjangkau 30 tahun atau lebih membuatkan pembelian rumah ini merupakan salah satu perkara yang tidak semudah yang disangka.

Ia merupakan sesuatu yang perlu dilakukan dengan berhemah. Jangan suka-suka beli rumah kalau masih belum tahu kos yang perlu ditanggung sebaik memiliki hartanah ini.

Oleh itu, buat mereka yang bercita-cita dan sedang mempertimbangkan secara aktif untuk membeli rumah dengan membuat pinjaman – anda haruslah bersedia dari segi kewangan untuk melaksanakan usaha yang mengubah hidup ini.

beli rumah
Sumber: iProperty

Persoalannya sekarang ini, dengan keadaan wang ringgit yang semakin menurun dan berita tentang kenaikan kadar dasar semalam (Overnight Policy Rate) kepada 2% daripada 1.75% tidak dinafikan telah menakutkan orang ramai.

Mana tidaknya, bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank akan bertambah dan kelayakan untuk membuat pinjaman baharu juga akan diperketatkan selepas BNM mengumumkan kadar peningkatan OPR kepada 2%.

Bukan itu sahaja, pembayaran balik untuk pembelian rumah dan pinjaman peribadi juga akan meningkat.

BACA LANJUT: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)


“Boleh Ke Beli Rumah Waktu Gawat?”

Seorang pengguna Facebook (Azizul Azli) menerusi satu hantaran telah memberikan pencerahan tentang persoalan yang diajukan kepadanya ini.

Berikut merupakan beberapa ilmu yang dikongsikan olehnya:

  • Elakkan beli rumah dalam pembinaan, dibimbangi rumah tak siap. Krisis 1997-98 ada lebih 500 pemaju yang bankrupt. Krisis kali ini lebih luar biasa sebenarnya. (Mohon maaf sahabat ejen REN sekalian).
  • Belilah dari pasaran subsale. Rumah dah siap dan boleh duduk terus selepas urusan selesai.
  • Cuba cari hartanah bawah harga pasaran antara 20-30% jika dapat. Jika nilai turun lagi setidaknya kita selamat.
  • Maksimumkan tempoh pinjaman dan pembiayaan bank. Ini bertujuan agar bayaran bulanan kita rendah setiap bulan dan kita tak rasa terbeban bayar hutang rumah.
  • Pilih bank yang bagi value tinggi. Semak dengan beberapa bank, berapa nilai hartanah yang kita nak beli. Makin tinggi nilai bank itu bagi, disitu kita buat pembiayaan. Jika nilai tinggi, sikit duit kita kena keluarkan waktu membeli.
  • Beli rumah yang ada potensi pelaburan, jika kita kena pindah atau dibuang kerja. Kita boleh jual pada nilai yang lebih baik.
  • Beli rumah yang bayaran bulanan lebih rendah dari sewa. Jika kawasan itu sewa RM1200 sebulan. Beli rumah yang bayar ansuran bank hanya RM1000 sebulan. Ada caranya.
  • Mana ada rumah macam tu? Cari di website hartanah dan berkawanlah dengan semua ejen hartanah. Mereka ada banyak senarai ‘rahsia’ penjual terdesak rumah. Ejen saya pernah tawarkan rumah 40% di bawah harga pasaran.
  • Beli bila bersedia, jika kerja belum stabil dan gaji masih kecil. Tak salah menyewa, biar lambat asal selamat. Jangan terburu beli dan terlelong nanti.
  • Jangan ada impian tunggu dan lihat saja, beli rumah harus bermula dengan menabung. Jika tabungan tak ada dan ada orang ajar beli rumah tanpa modal. Bersedialah untuk hidup merana.

Azizul turut menjelaskan bahawa, “Rumah tetap sebuah keperluan asas manusia. Lambat atau cepat kita tetap perlu membeli rumah juga. Dalam krisis akan ada banyak peluang. Bersediakah kita?”

BACA JUGA: Perbezaan Insurans MRTT & MLTT Yang Setiap Bakal Pembeli Rumah Perlu Tahu. Take Note!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd