Now Reading
Touch ‘n Go eWallet & PayNet Lancar Kempen ‘Mai Kita Cashless’

Touch ‘n Go eWallet & PayNet Lancar Kempen ‘Mai Kita Cashless’

Kempen ini bertujuan menggalakkan gaya hidup tanpa tunai untuk masyarakat luar bandar di Changlun, Kedah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau nak menjadi ‘cashless society’, kenalah bermula dari awal, kan?

Sekarang ini, majoriti peniaga dan pengguna lebih memilih untuk melakukan pembayaran tanpa tunai (cashless). Bukan apa, ianya lebih mudah dan cepat. Tak perlu beratur panjang-panjang untuk menunggu baki wang, dan sebagainya.

Scan sahaja!

Touch ‘n Go eWallet & Paynet Berkolaborasi

Kumpulan Touch ‘n Go (TNG) melalui Touch ‘n Go eWallet, bersama dengan Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan kempen ‘Mai Kita Cashless’ di Pasar Tani Kekal, Changlun, Kedah.

Kempen ini membolehkan peniaga dan pengguna di kawasan itu menyertai zaman digital dengan penggunaan pembayaran tanpa tunai.

Pelancaran telah dirasmikan oleh Mohd Khairul Nizam Bin Abd Latif, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Kedah; Danny Chua, Ketua Pegawai Komersial Touch ‘n Go eWallet; dan Heliziana Madzin, Ketua Pembangunan Ekosistem PayNet.


Changlun, Kedah.

Changlun terletak kira-kira 42 kilometer dari Alor Setar di daerah Kubang Pasu, Kedah. Kempen ini tertumpu pada masyarakat di tiga buah kampung dalam kawasan Changlun, iaitu Kampung Baru Changloon, Kampung Paya Nongmi dan Kampung Tradisi Lembah Keriang.

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan amalan bandar tanpa tunai dengan kemajuan teknologi ke kawasan luar bandar. Kami telah memulakan inisiatif ini bersama PayNet kerana kami ingin memberikan peluang dan platform kepada masyarakat luar bandar di Malaysia, bermula dengan Changlun di wilayah Utara, untuk menggunakan dan memanfaatkan Touch ‘n Go eWallet dan DuitNow QR.

Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn Bhd.

‘Mai Kita Cashless’ Ingin Capai Misi Ubah Masyarakat Luar Bandar Praktik Tanpa Tunai

Kempen ‘Mai Kita Cashless’ dilancarkan untuk menggalakkan dan menyokong usaha berterusan pihak kerajaan dalam mendorong pembayaran tanpa tunai.

Ia juga bagi mencapai dengan cepat misi mengubah masyarakat luar bandar menjadi masyarakat tanpa tunai. ’Mai Kita Cashless’ bertujuan mendidik dan menambah pemahaman masyarakat tentang urus niaga tanpa tunai sebagai suatu mod pembayaran.

Jalinan kerjasama dengan PayNet ini membolehkan kami menyampaikan platform yang lancar, cepat, mudah digunakan dan selamat dengan DuitNow QR kepada peniaga dan pengguna di Changlun, Kedah. Kami percaya kerjasama ini akan membantu memperkasakan semua peniaga, serta pengguna, dalam peningkatan ekonomi di kawasan ini.

Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn Bhd.

Terdapat lebih daripada 300 peniaga di Pasar Tani Kekal dan kawasan di sekitarnya. Mereka digalakkan supaya mengubah strategi operasi perniagaan mereka dengan Touch ‘n Go eWallet dan DuitNow QR sebagai mod utama pembayaran agar mereka dapat berniaga dengan cara yang lebih mudah.

Perniagaan dan pengguna di kawasan bandar telah menikmati manfaat pembayaran tanpa tunai selama beberapa waktu. Kami kini berasa gembira kerana dapat berganding bahu dengan TNG Digital untuk membawa manfaat kelajuan dan kemudahan yang sama itu ke Changlun sebagai sebahagian daripada ‘Project Cashless Kampung’ kami, suatu inisiatif yang bertujuan untuk mengembangkan pembayaran digital dalam masyarakat luar bandar. Oleh kerana DuitNow QR merupakan kod QR sepunya bagi negara ini, para pengguna boleh menggunakannya untuk membuat bayaran tanpa tunai di Changlun tanpa menghiraukan bank atau e-Dompet yang ingin digunakan oleh mereka. Kami berharap bahawa inisiatif ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi di kawasan ini dengan menjadikan perdagangan lebih lancar dan mengurangkan kos dan kesusahan mengurus wang tunai.

Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PayNet.

Guna TnG eWallet Untuk Pembelian Di Pasar Tani Kekal Changlun, Terima Cashback RM5!

Lebih menarik, bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2022, anda boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk pembelian di Pasar Tani Kekal Changlun dan kawasan di sekitar Changlun dengan mengimbas kod DuitNow QR.

Pelangga akan berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak RM5 bagi setiap urus niaga, dengan jumlah urus niaga minimum sebanyak RM10.

Peniaga yang mendaftar diri dalam tempoh masa ini akan mendapat ganjaran sebanyak RM20 selepas penyelesaian 10 urus niaga.


Touch ‘n Go eWallet diterima di lebih daripada 670,000 tempat runcit dalam talian dan luar talian dan di 1.2 juta tempat jualan DuitNow QR di seluruh negara. Di samping itu, Touch ‘n Go eWallet juga diterima pada peringkat antarabangsa di Singapura dan Jepun melalui rangkaian peniaga Alipay+.

Kempen ‘Mai Kita Cashless’ akan berlangsung sehingga 31 Disember 2022 dengan aktiviti dan acara yang bakal diadakan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, anda boleh KLIK SINI. 


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd