Now Reading
Data Peribadi Rakyat Malaysia Termasuk MySejahtera Didakwa Dijual Di Internet

Data Peribadi Rakyat Malaysia Termasuk MySejahtera Didakwa Dijual Di Internet

Maklumat peribadi seseorang didakwa boleh diakses menggunakan alat dikenali sebagai Open Source Intelligence (OSINT).

OSINT

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, jenayah kecurian data peribadi pernah tular dan didakwa melibatkan maklumat 22.5 juta rakyat Malaysia yang berjaya dicuri daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Maklumat peribadi itu didakwa dijual dengan harga US$10,000 (RM44,000) di sebuah laman web pangkalan data secara atas talian yang mudah diakses oleh orang ramai.

Difahamkan kesemua data-data ini melibatkan orang dewasa bermula dari tahun 1940 sehinggalah 2004.

BACA JUGA: Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k

Data peribadi didakwa boleh diakses secara online

Baru-baru ini, kejadian yang hampir sama berulang sekali lagi selepas seorang pengguna Twitter (@Rad1112) mendedahkan terdapat alat dikenali sebagai Open Source Intelligence (OSINT) yang membolehkan data peribadi seseorang diakses dengan mudah.

OSINT yang didakwa boleh didapati melalui ‘clearnet’ atau rangkaian internet terbuka juga mampu mengesahkan maklumat seperti nombor anggota penjawat awam dengan hanya memasukkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir.

Pengguna Twitter ini mencuba sendiri alat tersebut dan terbukti mampu mendedahkan maklumat peribadi seseorang tanpa sebarang masalah. Malah, data di dalam aplikasi MySejahtera juga boleh diperoleh dengan sejumlah bayaran.

Langkah keselamatan untuk orang ramai

Pendedahan maklumat peribadi ini pastinya mencemaskan orang ramai. Mana tidaknya, risau pula kalau data kita disalah guna untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

Berikutan itu, pengguna Twitter ini juga memberi beberapa cadangan kepada orang awam bagi mengelakkan maklumat peribadi kita terdedah. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Jangan letak nama sebenar di media sosial.
  • Elak dedahkan tarikh lahir.
  • Padam mana-mana gambar yang menunjukkan nombor pendaftaran kereta.
  • Tidak mendedahkan negeri kelahiran.

Laman web telah dipadam

Walau bagaimanapun, laman web tersebut dipercayai telah dipadam semalam (12 Jun) sekitar jam 6.30 petang. Namun sehingga kini, identiti pihak yang melakukan tindakan berkenaan masih lagi tidak diketahui.

Perkara ini yang telah tular di media sosial juga mendapat perhatian Setiausaha Politik Lim Kit Siang iaitu Syahredzan Johan yang menggesa agar pihak berkuasa memandang serius terhadap kebocoran maklumat peribadi rakyat Malaysia.

BACA JUGA: [UPDATE] JPN Data Of 4 Million Malaysians, Aged 23 To 42, For Sale Online


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd